Telah kupilih jalanMU

Jalan yang mendekatkan aku padaMU

Jalan orang-orang beriman dan beramal soleh

Dan aku yakin sebenar-benarnya

Cintaku padaMU takkan pernah dikecewakan



Namun Ya Allah

Ampuni aku,

Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang

Terlalu pahit untuk ditelan

Tapi terus-terusan aku gagahkan

Demi menggapai cintaMU Yang Esa



Bantulah aku Ya Allah

Jika rinduku imaginasi syaitan

Dan kuminta ia dilenyapkan

Andai kasihku berlandaskan nafsu

Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum

tentu jadi milikku



Tolonglah aku Ya Allah

Untuk mengisi bejana cintaku untukMU

Agar aku takkan pernah dahagakan

Cinta dari insan yang tidak halal bagiku

Teguhkan kasihku untukMU

Agar aku tak kecundang dijajh cinta yang dusta

Yang menjadi hijab diantara kita

Tetapkanlah langkahku dijalanMU



Gagahkan aku Ya Allah

Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia

Walaupun ia segah bahtera 'Titanic'

Tetapku pinta ia karam

Andai belayar dilautan dosa



Dan kumohon Ya Allah

Damaikanlah ombak dihati

Walaupun ribut datang mengundang

Kasihku diikat di dasar Rabbi

Kerana ianya lumrah ujian

Dan kuterus tekadkan janji

Kerana telah kupilih jalanMU