Assalamualaikum dan salam satu Ummah.


Hari ini saya nak berkongsi tentang filem  INNOCENCE OF MUSLIMS yang telah menyebabkan kemarahan ummat Islam di seluruh dunia.
Saya telah menonton sedikit filem ini,namun saya tidak mampu untuk menonton video tersebut sehingga habis.Saya lihat,filem "BANGANG" ini dihasilkan untuk melemahkan akidah ummat Islam yang memang sudah pada tahap kritikal ini.
Filem ini nak kita fikir bahawa Rasulullah adalah seorang yang hanya sukakan perempuan dan Islam itu Ganas.Kepada yang "BANGANG",pasti akan terperngaruh,kepada yang "BIJAK" pasti akan rasa marah!.

Sesungguhnya orang yang membencimu (Muhammad), dialah yang terputus (daripada rahmat dan kebaikan) Surah Al-Kauthar ayat ke-3..
Pertama mari kita kaji siapa yang telah bertanggungjawab menghasilkan filem BANGANG ini.
 Inilah dia orang yang telah bertanggungjawab mengeluarkan filem "BANGANG TERSEBUT. 
-Bacile namanya,akalnya tiada-
Dalam dua wawancara yang berbeza, Bacile memberikan kenyataan yang tidak tepat. Pada wawancara dengan AP, Bacile menyebut umurnya 56 tahun; pada wawancara dengan Wall Street Journal, dia menyebut umurnya 52. Dalam profil laman YouTube-nya, Bacile menulis umurnya 75 tahun. Dalam satu wawancara dia menyebut dirinya seorang Yahudi-Israel, di tempat lain dia menyebut diri seorang Israel-Amerika.

Sebuah pertubuhan radikal Kristian yang membantu pembuatan filem itu menyebut Sam Bacile adalah nama samaran, dan dia bukan orang Israel tapi seorang Arab Kristian.

"Saya bertemu dia dua kali. Dia bukan warga negara Israel. Dia menyembunyikan peribadi dirinya," kata Steve Klein, seorang ahli Kristian sayap kanan, yang mengaku membantu proses pengeluaran filem itu.

Klein menyebut Bacile bukanlah orang Yahudi ataupun WN Israel, dan menjangkakan dia adalah orang Arab Kristian yang sudah jadi warga negara AS.
Sekarang,sesiapa yang belum menonton filem tersebut,bolehlah cuba menonton 
(SAYA TIDAK GALAKKAN,KALAU MAHU,SILA KUATKAN DIRI BACALAH AYAT2 SUCI AL-QURAN TERLEBIH DAHULU) :
Ini adalah video yang belum dihapuskan oleh Youtube.






"Ini adalah salah bukti nyata bahawa kekalahan telah nampak pada musuh-musuh Islam, sehingga mereka menghalalkan segala cara untuk menghina Islam. Cuba perhatikan pameran utama dalam film Innocence of Muslims tersebut, bukankah itu lebih mirip dengan wajah pelakon yang berperanan sebagai nabi yang ada di film-film buatan Hollywood sebelumnya?"

Nampaknya musuh-musuh Islam telah gerun dengan KITA.Tetapi harus diingat ummat Islam seluruh dunia harus bersatu agar semua dalang-dalang yang telah menghasilkan filem ini tidak tidur malam memikirkan kesilapan yang telah mereka lakukan!

 SELEPAS INI,InshaAllah saya akan menulis tentang langkah-langkah TERBAIK yang boleh ummat Islam ambil untuk menangani masalah dan konflik ini,
TERIMA KASIH SUDI MEMBACA!
 *Artikel ini super RINGKAS agar anda ada selera ingin membaca..:)