Kisah Remaja Luar Biasa (Ta'labah)
Assalamualaikum,salam maal hijrah.Remaja merupakan aset negara dan golongan ini harus sentiasa diberi perhatian.Malangnya banyak yang tewas ditangan nafsu,apa agaknya akan berlaku jika remaja yang ada hanya tahu memperjuangkan cinta yang palsu demi Nafsu semata.Rahman Imuda
Remaja di Gaza mati kerana memperjuangkan kebebesan tanah Air,Ramaja di Malaysia mati bunuh diri kerana putus Cinta.
Pernah dengar tentang kisah Ta'labah?
Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.
Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.
Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah
mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah
hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka.
Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka,
dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang
mandi.
"A'uzubillah! Ya Allah aku takut
nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku
takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang
yang berbuat dosa! Ya Allah..."
Rintihan Tha'labah
Dia merintih sehingga dia lupa akan
barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan
terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua.
Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah
menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.
Pada masa yang sama, Rasulullah
S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak
kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk
mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia
bersembunyi di puncak bukit.
Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."
"Kenapa? Sudah turunkah ayat
al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku
tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah
dalam ketakutan yang amat sangat.
Oleh sebab Tha'labah sudah
tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila
Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu
Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.
Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"
"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.
"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"
"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"
Cita-citanya hanya Syurga
"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"
"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."
Lalu Rasulullah s.a.w berkata,
"wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan
cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."
Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.
Ketika mayat Tha'labah siap dikafan
dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat
ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke
kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah
dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"
Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."
Itulah kisah hidup seorang remaja
hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT
walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi
itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah
SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia
bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke
kuburan. Subhanallah!
Lihat diri kita.
Apakah kita menyesal dan bertaubat
setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal
serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?
"Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai..."
(Sayidina Ali Karamallahu Wajhah)
selamat malam...
Catat Ulasan
0 Ulasan