Hari ini saya ditanya oleh seorang adik tentang sahabat dan sahabat baik:

Banyak perkara yang kita alami demi kawan-kawan kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah dan berharga.

Persahabatan sering mendatangkan banyak dugaan, tetapi persahabatan sejati boleh mengatasi mehnah dan tribulasi itu bahkan ukhwah tumbuh bersama kerananya.

Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan persaudaraan dalam persahabatan.

Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur,disakiti, diperhatikan,dikecewakan,didengar,diabaikan, dibantu,ditolak, namun semua ini tidak pernah disengajakan malah menjadi ramuan dalam persahabatan.


Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, bahkan kerana kasihnya terhadap sahabat ia memberanikan diri menegur kesalahan sabahabatnya kerana sahabat yang baik bukan sekadar tahu memuji.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan agar sahabatnya berubah.

Proses daripada kawan menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan daripada kesetiaan, tetapi bukan pada detik kita memerluka bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataan kasih dari orang lain, tetapi justeru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.

Kerinduannya adalah menjadi sebahagian daripada kehidupan seorang sahabat, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap ego dan pentingkan diri.

Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.

Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.

Antara perkara yang tidak menyebabkan persahabatan hancur:

1. Masalah perniagaan UUD (Ujung-Ujungnya Duit)
2. Ketidakterbukaan
3. Kehilangan kepercayaan
4. Kerana CINTA mula berputik
5. Ketidaksetiaan.

Tetapi penghancur persahabatan ini telah berhasil diatasi oleh sahabat-sahabat yang sedia diuji kesejatian motivasinya. Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.

"Dalam masa kejayaan, sahabat mengenal kamu. Dalam kesengsaraan, kita mengenal sahabat kita."

Ingatlah bila kali terakhir kamu berada dalam kesusahan. Siapa yang berada di samping kamu?
Siapa yang mengasihi kamu saat kamu merasa tidak dicintai?
Siapa yang ingin bersama kamu pada saat tiada satu pun yang dapat kamu berikan?

Merekalah sahabat kamu. Hargai dan peliharalah selalu persahabatan kamu dengan mereka.

    “Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.[Hadis riwayat al-Hakim]