Jawatan Kosong – Pembantu Tadbir Lembaga Perumahan dan Hartanah

Maklumat Jawatan
Jawatan Yang Ditawarkan:


1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI ) N19 — 3 KEKOSONGAN

Tarikh Tutup : 13 September 2019
Minima Kelayakan : SPM
Gaji : RM1,352.00 – RM4,003.00

Syarat Kelayakan & Bidang Tugas
1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya sijil SPM untuk layak memohon.
4. Bidang tugas berkaitan dalam pengurusan, perkeranian dan operasi di jabatan berkenaan.

Cara memohon
1) Permohonan hendaklah meggunakan Borang (LPHS 01/ PSM) yang boleh didapati secara percuma di kaunter LPHS atau laman web http://lphs.selangor.gov.my.

2) Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa serta sijil lahir, sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan.

3) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah melalui Ketua Jabatan masingmasing dan perlu disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemas kini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini

4) Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat.

5) Permohonan hendaklah di hantar kepada:-

PENGARAH EKSEKUTIF
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH
SELANGOR TINGKAT 5, PODIUM UTARA,
BANGUNAN SSAAS
40503 SHAH ALAM.

6) Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 September 2019.

7) Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi dan lewat akan ditolak dan tidak akan dilayan

8) Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa tiga (3) bulan dianggap tidak berjaya.