Kerajaan Perkenal Bantuan Ibu Tunggal 2021, Ini Cara Untuk Memohon




Adakah anda seorang ibu tunggal yang memerlukan? Kini, dengan bantuan khas dari program PENJANA, ibu tunggal yang layak boleh mendapat bantuan khas ibu tunggal sebanyak RM300 secara on-off. Bolehlah tambah serba sedikit bekalan harian kan? Sebelum membuat permohonan, anda perlulah mematuhi syarat-syarat di bawah dan baca cara permohonan dengan teliti:- 

JUMLAH BANTUAN

RM300 akan diberikan kepada mereka yang layak.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN 

Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:.

Pemohon wajib berjantina perempuan (Warganegara) dan menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:

i.Taraf perkahwinan adalah balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;

ii.Punyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah

iii.Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)

Cara-cara permohonan

Muat turun borang permohonan ibu tunggal iaitu borang JKM18 secara online, muat turun borang BIKT di sini :

 www.jkm.gov.my

Anda juga boleh datang dan hadir di mana-mana cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM di tempat tinggal anda bersama-sama borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen penting yang diperlukan.

Maklumat lanjut mengenai bantuan sila klik di sini.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 

Permohonan boleh dikemukakan sehingga Oktober 2021

INFO TAMBAHAN

  • Bayaran akan dikreditkan pada Julai 2021.
Semoga dengan bantuan ini, ibu tunggal di luar sana dapat meringankan beban untuk mencukupkan keperluan anak-anak. Jangan lupa untuk ikuti perkembangan bantuan khas ini di laman web yang tersebut. 

Sila sebarkan paparan bantuan khas ibu tunggal ini kepada mereka yang memerlukan. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak

Tiada ulasan