Peluang kerjaya Tekun Nasional. Gaji boleh cecah RM2000 - RM2400 sebulan!

 

Mencari pengalaman dalam bekerja? Masih tidak mendapat kerja yang diimpikan? Inilah peluang anda. Kini, Tekun Nasional baharu sahaja membuka peluang pekerjaan bagi mereka yang berminat. Oleh itu, bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan dengan gaji yang lumayan, anda bolehlah memohon jawatan yang telah dibuka ini. Jadi, tunggu apa lagi? 

Mari teliti maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan di bawah sebelum memohon jawatan ini:- 

JAWATAN YANG DITAWARKAN

Pegawai Eksekutif Tekun Nasional

GAJI

RM2000.00 - RM 2400.00 

Taraf lantikan: Kontrak

TUGAS

  • Jalankan kerja-kerja dan tugas sebagai juruaudit. Calon wajib mempunyai pengalaman setahun (1) tahun dalam bidang audit dan akaun (accounting).
  • Sebagai seorang juruaudit, objektif tugas calon adalah untuk melindungi aset dan kepentingan TEKUN Nasional dengan memastikan pematuhan prosedur kawalan dalaman dan peraturan syarikat dan juga SOP / undang-undang sedia ada.
  • Memastikan pematuhan dengan prosedur kawalan dalaman (SOP) yang telah ditetapkan dengan memeriksa rekod, laporan, amalan operasi dan dokumentasi.
  • Mengesahkan aset dan liabiliti dengan membandingkan item kepada dokumentasi.
  • Menyelesaikan kerja audit dengan mendokumenkan ujian dan penemuan audit.
  • Menilai kecukupan sistem kawalan dalaman dengan melengkapkan soal selidik audit.
  • Mengekalkan sistem kawalan dalaman dengan mengemaskini program audit dan soal selidik.
  • Mengesyorkan dasar dan prosedur baru.
  • Menyampaikan penemuan audit dengan menyediakan laporan akhir, membincangkan penemuan dengan pihak Jabatan Audit serta pihak Pengurusan TEKUN Nasional.
  • Memenuhi keperluan undang-undang negara, negeri, dan syarikat dengan mengkaji undang-undang keselamatan sedia ada dan baru, menguatkuasakan pematuhan kepada keperluan.
  • Menasihati pengurusan mengenai tindakan susulan yang diperlukan bagi mencegah dan memperbaiki penemuan audit.
  • Menyediakan laporan audit dan kawalan khas dengan mengumpulkan, menganalisis, dan meringkaskan maklumat operasi dan trend.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda sesuai dengan taraf jawatan.
  3. Mempunyai pengalaman 1 tahun dalam bidang audit dan akaun.
  4. Mempunyai pengetahuan profesional dan teknikal mengenai sektor kewangan, terutamanya dengan prosedur kutipan, pinjaman & pengurusan kewangan.
  5. Boleh bekerja secara berpasukan dengan mencapai objektif seperti yang diperlukan.
  6. Perlu kerja luar apabila diperlukan.
  7. Perwatakan menarik, sikap kerja yang baik dan berdisiplin serta mematuhi undang-undang syarikat.

CARA-CARA PERMOHONAN

Bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan ini, anda bolehlah membuat permohonan atas talian dengan melayari laman web di bawah:- 

PERMOHONAN JAWATAN TEKUN NASIONAL

*Calon wajib meletakkan gambar muka dalam resume.

*Setiap resume akan dinilai, sila kemaskini segala maklumat pendidikan, skill, kemahiran yang ada agar peluang calon terpilih untuk dipanggil menghadiri temuduga tinggi.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

7 APRIL 2021 (RABU)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. 

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian anda.  Terus berusaha dan maju jaya!

 Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.
 Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak

Tiada ulasan