Pengambilan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2021. Kelayakan minima SPM pun boleh pohon!

 

Suka nonton drama bersiri Gerak-Gerak Khas? Punyai jati diri yang tinggi untuk berkorban demi negara, agama dan bangsa? Ini mungkin peluang anda untuk menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia. Seronoknya, pembukaan kali ini dibuka untuk mereka yang bukan bumiputera dan memerlukan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja. Jika anda mempunyai kelayakan dengan syarat-syarat yang diberikan, anda bolehlah membuat permohonan mengikut cara- cara di bawah. 

Sila baca dengan teliti syarat-syarat dan cara permohonan dengan teliti. 

JAWATAN YANG DITAWARKAN 

Konstabel Polis YA1 (Bukan Bumiputera) 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan 
  • Mempunyai kelulusan minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 

Untuk syarat-syarat bagi kelayakan akademik dan fizikal anda boleh tekan perkara dibawah  dan baca dengan teliti:- 



GAJI DAN ELAUN

 RM 1,441.00 – RM 4,152.00 

Kadar Gaji Tahunan : RM 105.00
E

Elaun dan kemudahan Jumlah
Elaun Tetap Perumahan :
RM 300 
Elaun Cola : RM100 – RM 350 
Elaun Khidmat Awam : RM 115 
Elaun Khas PDRM : RM 200 
Elaun Seragam PRP/ Konstabel : RM 690 
Elaun Kasut : RM 300
Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan
sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima

CARA-CARA PERMOHONAN

Bagi mereka yang melepasi syarat-syarat am, akademik dan fizikal anda bolehlah melakukan permohonan secara On-Line mengikut portal di bawah:- 


Sila isi borang e-pengambilan dengan maklumat yang lengkap dan sahih, jika anda tidak mengisi borang tersebut dengan cara yang betul, borang anda berkemungkinan untuk ditolak. 

Bagi mereka yang berjaya dalam pemilihan ini, anda akan dipanggil melalui emel, surat ataupun mesej di no telefon anda. 


TARIKH TUTUP PERMOHONAN

18 MAC 2021 hingga 31 MAC 2021

NOTA TAMBAHAN

Semoga dengan perkongsian ini akan memudahkan anda untuk memohon jawatan PDRM ini dan terus mengecapi cita-cita menjadi ahli barisan depan dalam menangani jenayah dan isu-isu lainnya. Terus maju jaya kami ucapkan. 


Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak