Permohonan BOMBA dan Penyelamat dibuka. Kelayakan PMR pun boleh mohon

 



Anda berminat untuk menjadi salah satu ahli pasukan dalam bomba dan penyelamat Malaysia? Inilah masanya. Jika anda menepati syarat-syarat yang ditetapkan di bawah, anda bolehlah membuat permohonan seperti yang telah tertera di bawah. 

Sila fahami dan baca dengan teliti syarat-syarat dan cara memohon di bawah sebelum membuat permohonan. 


JAWATAN YANG DITAWARKAN

Pegawai Bomba Bantuan 


NAMA BALAI YANG PUNYAI KEKOSONGAN JAWATAN  

  1. Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Gajah 
  2. Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar 
  3. Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim 
  4. Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Hulu
  5. Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng
  6. Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar  
  7. Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang
  8. Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor 
  9. Balai Bomba dan Penyelamat Kemunting
  10. Balai Bomba dan Penyelamat Bidor

ELAUN

  • Elaun kehadiran bertugas 
  • Elaun penyelengaraan pakaian 
  • Elaun Bounty

SYARAT LANTIKAN 

  • Warganegara Malaysia 
  • Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 
  • Bukan anggota mana-mana angkatan atau sukarela yang ditubuhkan dimana-mana; undang bertulis 
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf dengan Ketua Pengarah 
  • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal yang berikut:- 
    1. Tinggi sekurang-kurang 1.57m bagi lelaki dan 1.53 bagi wanita tanpa bersepatu 
    2. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita 
    3. Mempunyai penglihatan yang baik 
    4. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat 
    5. Sihat tubuh badan dan diperakui oleh pengamal perubatan berdaftar 
  • Lulus ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah 
  • Calon hendaklah tinggal atau bekerja dalam lingkungan daripada balai

CARA MEMOHON

Pemohon wajib menggunakan Borang PBB3 yang boleh didapati dari Balai-Balai yang diiklankan atau klik link di bawah untuk muat turun borang tersebut. 


Pemohon juga wajib sertakan dokumen-dokumen dibawah bersama-sama borang PBB3 yang telah lengkap diisi:- 

  1. Satu keping gambar terbaharu (Passport) 
  2. Salinan Kad Pengenalan 
  3. Salinan Sijil PMR atau setaraf dokumen-dokumen yang berkaitan yang telah disahkan.

ALAMAT PENGHANTARAN BORANG 

Borang yang telah siap diisi hendaklah dihantar dan dikemukakan kepada:- 

IBU PEJABAT 
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA 
NEGERI PERAK 
PERSIARAN MERU UTAMA
BANDAR MERU RAYA
30020 IPOH 
PERAK.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

26 MAC 2021


INFO TAMBAHAN 

Semoga dengan perkongsian ini, ianya dapat memudahkan anda mengecapi apa yang anda inginkan. Jangan lupa untuk mengisi borang dengan lengkap dengan maklumat yang sahih dan betul. Sebarang pemalsuan maklumat boleh dikenakan tindakan tatatertib. 

Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sahabat handai anda. Terus maju jaya! 


Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak



Tiada ulasan