695 PELUANG KERJAYA di SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI SABAH (SPANS). Minima PMR pun boleh mohon!

 

Wow, bukan kaleng-kaleng! Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Sabah (SPANS) telah membuka 695 jawatan kosong kepada mereka yang sedang menanti pekerjaan. Oleh itu, bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari SPANS. Anda bolehlah memohon jawatan ini mengikut maklumat yang akan diberikan nanti. 

 Kepada semua calon SPANS, anda dikehendaki untuk menyemak dan meneliti maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara-cara permohonan di bawah:- 

JAWATAN YANG DITAWARKAN

1. Pegawai Laut Gred AL41
2. Pegawai Veterinar Gred GV41
3. Arkitek Gred J41
4. Jurutera Gred J41
5. Jurutera (Mekanikal) Gred J41
6. Jurutera (Elektrikal) Gred J41
7. Juruukur Bahan Gred J41
8. Juruukur Tanah Gred J41
9. Jurugeospatial Gred J41
10. Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41
11. Penolong Jurutera Awam (Awam) Gred JA29
12. Penolong Jurutera Awam (Ukur) Gred JA29
13. Penolong Jurutera Awam (Makmal) Gred JA29
14. Penolong Pegawai Laut Gred A29 (Kejuruteraan)
15. Penolong Juruukur Gred JA29
16. Penolong Juruukur Bahan Gred JA29
17. Penolong Pegawai Senibina Gred JA29
18. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19
19. Pembantu Laut Gred A19 (Kejuruteraan)
20. Pembantu Laut Gred A19 (Pelayaran)
21. Juruteknik Komputer Gred FT19
22. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
23. Pembantu Hidupan Liar Gred G19
24. Pembantu Operasi Gred N11
25. Pembantu Awam Gred H11
26. Pengawal Keselamatan Gred KP11


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Bagi mereka yang berminat untuk memohon jawatan ini, anda perlulah mematuhi syarat-syarat kelayakan yang diberikan oleh SPANS, seperti yang berikut:- 

1. Warganegara Malaysia.
2. Mempunyai kelayakan yang setaraf (PMR, SPM, DIPLOMA, IJAZAH) dengan jawatan yang dimohon. 
3. Berkebolehan dan berkemahiran dalam skill interpersonal. 
4. Berumur 18 tahun dan ke atas dari tarikh tutup permohonan. 
5. Mempunyai gaya kerja dan kepimpinan yang tinggi. 
6. Profesional dalam kerja. 

Untuk syarat-syarat lain mengenai jawatan ini, anda bolehlah melayari laman web di bawah:- 

SYARAT-SYARAT AM BAGI JAWATAN SPANS


CARA PERMOHONAN

Kepada mereka yang telah membaca syarat-syarat kelayakan, anda dijemput untuk memohon mengikut tatacara di bawah:- 

1. Hanya permohonan melalui talian sahaja yang akan diterima. Calon bolehlah melayari laman web permohonan jawatan SPANS di bawah:- 


2. Bagi mereka yang belum membuat pendaftaran, anda bolehlah membuat pendaftaran di portal tersebut sebelum memohon jawatan yang diidamkan. 

3. Untuk mereka yang sudah mempunyai akaun SPANS, anda bolehlah mengemaskini mengikut permohonan jawatan yang dinginkan. 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

24 April 2021 (Sabtu) – 11.59 Malam

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi SELAMA 4 BULAN dianggap tidak berjaya.
 
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. 

Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak