Bantuan Kerajaan sebanyak RM1000 untuk WANITA yang ingin berniaga. Ini cara MEMOHON

Program Bantuan MyKasih Kapital merupakan salah satu insentif tambahan kerajaan yang diumumkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia, sempena Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2021. Program Bantuan MyKasih Kapital ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN).

BANTUAN MYKASIH KAPITAL

Insentif tambahan untuk memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan. Pemberian insentif ini adalah sebagai satu usaha menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship.

OBJEKTIF

  • Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.
  • Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.
  • Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.

JUMLAH BANTUAN 

RM1000 secara "ON-OFF''

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Golongan wanita sahaja yang layak memohon bantuan ini.
  • Ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga.
  • Individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian.
  • Wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit.
  • Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan.

KAEDAH PERMOHONAN

  1. Pemohon perlulah mengemukakan permohonan melalui pautan di sini secara talian/on-line. Klik link di bawah untuk memohon :-

BORANG PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH CAPITAL

  • Sila isi butiran-butiran maklumat anda dengan tepat dan sahih. 
  • Tekan butang "submit" setelah selesai mengisi maklumat. 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Urus setia Program Bantuan MyKasih Kapital
Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia
Aras 8, Bangunan KPWKM,
No.55, Persiaran Perdana,
Presint 4, 61200 Putrajaya.

No. telefon :  03 – 8323 2433

INFO TAMBAHAN

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk memohon bantuan ini.  Diharapkan agar anda berjaya untuk memohon dan dapat meluaskan lagi perniagaan. 

Sila sebarkan iklan bantuan kerajaan ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak

Catat Ulasan

0 Ulasan