BANTUAN KHAS AIDILFITRI untuk PENJAWAT AWAM & PESARA. Ini kumpulan yang layak

 

Sebentar tadi, dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri menyarakan bahawa terdapatnya bantuan khas Aidilfitri untuk mereka-mereka yang  terlibat. Wow, bukan kaleng-kaleng ya? 

Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri mengenai bantuan khas Aidilfitri bertarikh 22/APRIL/2021


Mengikut kenyataan Perdana Menteri, pemberian ini adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang terlibat sepanjang mendepani tanggungjawab kepada rakyat negara ketika mengharungi tempoh yang sangat mencabar ini.  

Oleh itu, mari kita lihat maklumat serta penerima-penerima yang layak menerima bantuan khas Aidilfitri:- 

SENARAI PENERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI YANG LAYAK

  • Penjawat awam Gred 56 dan ke bawah;
  • Kakitangan Contract Of Service;
  • Kakitangan Contract For Service;
  • Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP ;
  • Pesara Kerajaan (RM 250).

NILAI BANTUAN YANG AKAN DITERIMA

RM500.00

TARIKH PENGKREDITAN 

Bantuan Khas Aidilfitri ini akan dikreditkan pada gaji bulan hadapan iaitu 6 MEI 2021 (KHAMIS).

INFO TAMBAHAN

Bantuan khas ini akan memberikan manfaat kepada lebih 2 Juta Penjawat Awam dan juga Pesara. Semoga dengan bantuan ini akan meringankan beban penjawat awam dalam melaksanakan perayaan Aidilfitri nanti. 

Sila sebarkan berita gembira ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda yang layak menerima bantuan khas Aidilfitri ini. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak