Jawatan Kosong ASWARA Malaysia dibuka sekarang! Minima kelulusan PMR

 



Baru-baru ini, ASWARA telah membuka satu peluang pekerjaan bagi mereka yang betul-betul berminat untuk menyertai pasukan mereka. Bagi mereka yang menepati syarat yang telah ditetapkan, anda dijemput untuk memohon jawatan ini sebelum tarikh tutup permohonan. Jadi, tunggu apa lagi? Mohon sekarang sebelum terlewat. 

Mari lihat maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan jawatan ini :- 

JAWATAN YANG DITAWARKAN 

Pengawal Keselamatan KP11

TARAF JAWATAN 

Kontrak 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

a)Warganegara Malaysia; 

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; 

c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; 

d) Bagi bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia hendaklah tidak melebihi 45 tahun; i. Bekas anggota polis atau tentera yang berpangkat Koperal dan ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. 

e) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:- 

i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu; 

ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita; 

iii. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26; 

iv. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja) 

v. Lulus dalam Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata; 

vi. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan vii. Diperiksa dan diperakui sihat berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar. 

CARA-CARA PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan ASWARA yang boleh diperolehi dengan memuat turun borang tersebut di laman Web ASWARA iaitu di www.aswara.edu.my 

b) Permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikembalikan bersama-sama sekeping gambar terbaru berukuran passport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan, resume dan dokumen-dokumen sokongan dan sijilsijil yang berkaitan yang telah disahkan. 

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan-salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Nilaian Prestasi untuk tempoh 3 (tiga) tahun berturut-turut yang telah disahkan. 

d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendak ditulis nama jawatan dipohon. 

e) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat di bawah sebelum atau pada 2 APRIL 2021 (JUMAAT). 

Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 464, Jalan Tun Ismail, 50480 KUALA LUMPUR. (u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) 

Tel : 03-27785936/5939/5938

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

2 April 2021 (Jumaat)

INFO TAMBAHAN

Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga jawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pemohon. 

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak

Tiada ulasan