Bantuan Kerajaan
Makluman Awal SUBSIDI PEMBELIAN TELEFON PINTAR. Lihat syarat kelayakan di sini!
Selain dari membantu mereka yang memerlukan, pihak kerajaan dalam inisiatif PEMERKASA juga ingin mengurangkan jurang teknologi antara kita semua, dan memudahkan sesiapa pun untuk mendapatkan telefon pintar bagi mengetahui isu semasa, memudahkan komunikasi dan merapatkan hubungan silaturahim.
Setakat yang dari maklumat yang kami dapati berikut merupakan maklumat-maklumat mengenai subsidi ini:-
SYARAT KELAYAKAN
- Golongan B40 yang memerlukan.
- Isi rumah yang mempunyai anak yang ramai, bersekolah dan memerlukan telefon pintar.
*Pemberian subsidi ini adalah mengikut terma dan syarat yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia.
CARA PERMOHONAN
Permohonan kepada subsidi ini masih belum lagi diperincikan oleh Kerajaan Malaysia dan akan dikemaskini pada masa-masa yang terdekat.
KAMI AKAN SENTIASA MENGEMASKINI MAKLUMAT BERDASARKAN PEMAKLUMAN MCMC. IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI MELALUI BLOG INI.
Walaupun begitu, untuk keterangan lanjut anda bolehlah melayari laman web rasmi SKMM (MCMC). Klik di bawah untuk pergi ke laman web tersebut:-
*Jika terdapat sebarang informasi terkini mengenai subsidi ini, kami akan cuba kemaskini secepatnya.
TARIKH PEMBAYARAN/PERMOHONAN SUBSIDI
Awal/Pertengahan Bulan Mei
INFO TAMBAHAN
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan informasi kepada anda untuk mendapatkan Subsidi Pembelian Telefon Pintar bernilai RM300, dan semoga bantuan ini dapat meringkan beban kita semua dalam mendepani cabaran wabak Covid-19.
Terus berusaha dan maju jaya! Sila sebarkan informasi ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda yang memerlukan.
Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak
Catat Ulasan
0 Ulasan