Pelbagai peluang di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Minima kelulusan PMR boleh mohon

 

Berita gembira buat mereka yang sedang mencari pekerjaan. Skim Penjana yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia telah membuka peluang kerjaya bagi mereka yang berminat dan berkelayakan. Di bawah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, terdapat 12 jawatan kosong boleh diisi. Gaji yang diberikan juga lumayan.

Jadi, tunggu apa lagi? Mari lihat maklumat, syarat-syarat permohonan dan cara permohonan :- 

JAWATAN YANG DITAWARKAN

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
2. Pembantu Awam Gred H11
3. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29
4. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
5. Penolong Akauntan Gred W29
6. Pereka Gred B29
7. Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
8. Penjaga Jentera Elektrik Gred J19
9. Pembantu Kemahiran Gred H19
10. Pereka Gred B19
11. Pembantu Pegawai Latihan Gred E19
12. Pereka Gred B41

GAJI 

Mengikut gred jawatan (Boleh dirujuk disini untuk melihat carta gaji bagi setiap gred) 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup permohonan.
  • Minima kelulusan sijil (PMR) bagi gred H11, kelulusan sijil (SPM) bagi gred 19, kelulusan sijil (Diploma) bagi gred 29, dan kelulusan sijil (Ijazah Sarjana Muda) bagi gred 41.
  • Berketrampilan dan profesional dalam tugasan. 

Untuk keterangan lanjut mengenai syarat-syarat kelayakan akademik anda boleh melihat pautan yang disediakan dibawah:- 



CARA-CARA PERMOHONAN

Bagi mereka yang meminati dan melepasi syarat-syarat kelayakan di atas, anda bolehlah memohon jawatan secara on-line mengikut laman web disini:- 



TARIKH TUTUP PERMOHONAN

7 APRIL 2021 (RABU)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi lebih dianggap tidak berjaya.
 
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 


Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak

Tiada ulasan