Peluang Kerjaya di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Gaji ada kenaikan tahunan

 



Kepada warganegara yang berkelayakan dan menepati syarat-syarat pekerjaan, anda dijemput untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Komunikasi Komuniti, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Bagi mereka yang tengah mencari pekerjaan terutamanya graduan-graduan univerisiti, inilah masanya untuk anda memohon jawatan ini. Jadi, tunggu apalagi? 

Mari teliti maklumat, syarat-syarat dan cara permohonan jawatan ini dibawah:- 

JAWATAN YANG DITAWARKAN 

Pegawai Penerangan S41 

TARAF 

Kontrak

GAJI

RM2078.00 – RM9544.00
*Kenaikan tahunan – RM225.00 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

1. Wajib Warganegara Malaysia.
2. Umur calon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas dari tarikh tutup permohonan.
3. Mempunyai kelayakan Sijil Ijazah Sarjana Muda dan yang diiktiraf oleh kerajaan.
4. Mempunyai skill interpersonal yang baik. 
5. Bertanggungjawab dalam melakukan tugasan yang telah diberikan.

Sila klik disini untuk melihat kelayakan akademik:- 

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK 


CARA-CARA PERMOHONAN

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang DCCOMM
1/2021 (percuma) yang boleh dimuat turun melalui :


2. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan: 

i. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran 
ii. Salinan Sijil-sijil Persekolahan 
iii. Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat
pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara-(jika
berkenaan)
iv. Transkrip keputusan peperiksaan semua semester (jika yang
berkenaan)
v. Sekeping gambar ukuran passport (berwarna)
vi. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas kiri
sampul surat permohonan. 
 

Semua permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Jabatan Komunikasi Komuniti
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Aras 3, Kompleks KKMM
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya 

*(u/p: Unit Sumber Manusia)
(sila tulis nama jawatan di penjuru atas kiri sampul surat
permohonan) 

ATAU 

Melalui Emel – [email protected]


TARIKH TUTUP PERMOHONAN

15 APRIL 2021 (KHAMIS)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi lebih dari 6 bulan dianggap tidak berjaya.
 
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak