Pengambilan PEGAWAI KADET ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA (ATM) 2021. Ini cara untuk memohon

 


Anda graduan Ijazah? Berminat untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia yang bertaraf Ijazah? Ini peluang keemasan untuk anda kerana buat masa ini Angkatan Tentera Malaysia ada membuka peluang kerjaya untuk graduan-graduan Ijazah. Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia ini merujuk kepada Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) di dalam Skim Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia bagi tahun 2021. 

Oleh itu, bagi mereka yang berminat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Wow, pakej tu! Laut, Udara dan Darat. Menarik kan?

Selain itu, bagi calon yang berjaya melepasi ujian khas dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan untuk menjalani Latihan Pegawai Kadet di Akademi Tentera Darat (ATD), Kapal Diraja Sultan Idris I (KDSI I) dan Sekolah Latihan Pegawai – Kolej Tentera Udara (SKLP-KTU). 

Jadi tunggu apa lagi? Mari teliti maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan bagi jawatan ini:- 

JAWATAN YANG DITAWARKAN 

Pegawai Kadet Lepasan Ijazah 

JANTINA

  • Lelaki 
  • Perempuan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan bagi mereka yang ingin mengisi kekosongan jawatan ini:- 
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun hingga 27 tahun sahaja pada tarikh tutup permohonan. 
  3. Perlu memegang Sijil Ijazah Sarjana Muda dari IPTA/IPTS dalam negara dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. 
  4. Memenuhi kriteria keperluan fizikal yang telah ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (Tidak rabun, bebas dengan sebarang penyakit)
  5. Lulus ujian khas yang dikendalikan oleh Angkatan Tentera Malaysia. 
*Untuk keterangan lanjut mengenai syarat-syarat Akademik dan Fizikal anda boleh lihat paparan di bawah:- 

SYARAT-SYARAT AKADEMIK & FIZIKAL JAWATAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA


CARA PERMOHONAN

Bagi mereka yang sedia dan melepasi syarat-syarat yang telah diberikan, anda bolehlah membuat permohonan secara talian di laman web dibawah:- 

PERMOHONAN JAWATAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA


  1. Bagi mereka yang masih belum mempunyai akaun, anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. 
  2. Bagi mereka yang mempunyai akaun sebelum ini, anda hanya perlu Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda. 
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai jawatan ini, anda bolehlah menghubungi talian hotline di bawah:- 

011-65504585 – Angkatan Tentera Malaysia

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

30 APRIL 2021 (JUMAAT)

INFO TAMBAHAN

Calon-calon yang telah disenarai pendek ataupun yang tidak berjaya akan diberitahu melalui email masing-masing. Calon yang terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) dan akan menjalani latihan Ketenteraan di setiap pusat perkhidmatan. Apabila lulus, calon akan dianugerahkan jawatan Leftenan Muda dan setaraf yang akan diperkenankan oleh YDP (Yang Dipertuan Agong)

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian bagi menjadi perajurit negara.  Terus berusaha dan maju jaya! 

Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak

3 thoughts on “Pengambilan PEGAWAI KADET ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA (ATM) 2021. Ini cara untuk memohon”

Comments are closed.