15 JAWATAN KOSONG di LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA. Gaji RM1353.00 – RM9607.00

 

Berita baik untuk mereka yang tengah mencari pekerjaan. Kini, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia telah membuka peluang kerjaya besar-besaran bagi mereka yang berkelayakan dan berminat. Tawaran pekerjaan juga dibuka dengan pelbagai taraf akademik dan gaji yang ditawarkan turut berbaloi. Oleh itu, kepada warganegara Malaysia, anda dijemput untuk mengisi kekosongan jawatan dengan menepati syarat-syarat yang telah diberikan. 

Mari teliti maklumat, syarat-syarat dan juga cara permohonan di bawah sebelum memohon jawatan yang diingini:-

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  1. Pegawai Undang-Undang Gred L41
  2. Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
  3. Pegawai Tadbir Gred N41
  4. Pegawai Teknologi Maklumat (Kontrak) Gred F41 K
  5. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
  6. Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29
  7. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29
  8. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
  9. Penolong Jurutera Gred JA29
  10. Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E19
  11. Pembantu Tadbir (Pekeranian / Operasi) Gred N19
  12. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
  13. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
  14. Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19
  15. Juruteknik Komputer Gred FT19

GAJI 

RM1353.00 – RM9607.00 
*Mengikut taraf akademik dan jawatan


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur 18 tahun dan ke atas dari tarikh tutup permohonan. 
  • Profesional dan mempunyai skil komunikasi yang baik. 
  • Menepati syarat-syarat akademik yang ditentukan oleh syarikat. 
  • Mempunyai daya kepimpinan dan semangat berpasukan. 
Sila lihat syarat-syarat kelayakan akademik di bawah sebelum memohon jawatan:-

SYARAT-SYARAT AKADEMIK JAWATAN LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA


CARA MEMOHON

Sekiranya anda berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan ini, anda bolehlah membuat permohonan melalui:- 

Permohonan hendaklah dibuat melalui borang permohonan yang boleh diperoleh daripada portal korporat
MTIB di
www.mtib.gov.my dan e-mel ke [email protected]

Klik untuk memuat turun BORANG PERMOHONAN JAWATAN:- 

Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat
Pengurusan seperti alamat berikut:- 

LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA,
 Tingkat 13-17, Menara PGRM
No. 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras
56100 Kuala Lumpur.
(u.p. Seksyen Pengurusan Sumber Manusia) 

No. Telefon : 03-92822235

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

31 MEI 2021 (Isnin)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi  dianggap tidak berjaya.
 
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya! 

Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak