351 JAWATAN KOSONG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN di JABATAN AGAMA ISLAM KL. Gaji RM1698.00 – RM5717.00

 

Peluang terbaik untuk mereka yang berminat menceburi bidang pengajaran, kini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah membuka peluang pekerjaan untuk mereka  yang berkelayakan. Dengan gaji lumayan, dan kenaikan gaji tahunan, ramai antara mereka yang memilih untuk berkhidmat di bawah kerajaan. Oleh itu, bagi warganegara yang berkebolehan anda bolehlah mencuba nasib dan mengisi jawatan kosong ini. 

Sila teliti maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan di bawah:-

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 (Bahasa Arab) 
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 (Pendidikan Islam) 
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 (Bahasa Melayu) 
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 (Sains) 
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 (Matematik) 
  • GAJI 

    RM1698.00 – RM5717.00

    SYARAT-SYARAT LANTIKAN

    • Warganegara Malaysia 
    • Berumur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh tutup permohonan. 
    • Mempunyai diploma dari IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. 
    • Menepati syarat-syarat akademik yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam KL. 
    • Profesional dan berkarisma tinggi. 
    • Kemas dan mempunyai semangat kepimpinan yang tinggi. 
    Untuk melihat syarat-syarat akademik bagi jawatan ini, anda boleh klik pernyataan di bawah:- 

    SYARAT-SYARAT AKADEMIK PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN G29

    CARA PERMOHONAN

    Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai pasukan pengajaran di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, anda bolehlah melayari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 9 (SPA 9) untuk memohon jawatan tersebut. 

    Sila klik untuk pindah ke laman portal SPA 9 :- 

    TARIKH TUTUP PERMOHONAN

    17 MEI 2021 (ISNIN) 11.59 MALAM

    INFO TAMBAHAN

    Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi  dianggap tidak berjaya.
     
    Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

    Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak