450 pengambilan KADET PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK untuk Kursus Diploma Pasca Siswazah 2022. Lihat syarat kelayakan di sini

 

Berita gembira untuk warganegera Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda, Sarjana ataupun PHD. Ini peluang untuk anda, kerana Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ada membuka peluang kepada 450 calon KADER PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK untuk mengikuti Kursus Diploma Pasca Siswazah. 

Oleh itu, jangan tunggu lama lagi. Mohonlah sebelum tarikh penutupan untuk merealisasikan impian anda untuk menjadi Pegawai Tadbir & Diplomatik. Lihat maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan di bawah:- 

JAWATAN YANG DITAWARKAN

Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

GAJI

RM2422.00 – RM9631.00 
Kenaikan tahunan: RM225.00 


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut;- 
  • Warganegara Malaysia.

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

  • Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,422.00)
  • Ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,733.14)
  • Ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM3,044.48)
  • Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan.
  • Lulus ujian kecergasan.
  • Hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara.


SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

DESKRIPSI TUGAS 

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

CARA PERMOHONAN

Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda bolehlah melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 9 (SPA9).

  • Jika anda tidak mempunyai akaun SPA9 anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut. 
  • Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON. 
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih. 
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. 
  • Selamat maju jaya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

7 JUN 2021 (ISNIN) 


INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi  dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak