Berminat menjadi GURU GANTI di Sekolah Kerajaan? Ini cara untuk memohon melalui Personel MySTEP

 

Semasa pembentangan Belanjawan 2021, Kerajaan telah mengumumkan
pelaksanaan inisiatif MySTEP sebagai langkah jangka pendek untuk menangani
isu pengangguran, membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan
kepada rakyat yang seterusnya akan membantu Kerajaan dalam mempercepatkan
pemulihan ekonomi domestik secara amnya. 

Oleh itu, bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan, bolehlah mencuba nasib dengan memohon mana-mana peluang kerjaya melalui Personel MyStep ini. Mari kita lihat maklumat, syarat-syarat kelayakan dan juga cara permohonan satu jawatan Personel MySTEP (Guru Ganti) di bawah:- 

JAWATAN YANG DITAWARKAN

Personel MySTEP (Guru Ganti) 

GAJI

KADAR UPAH BULANAN TERMASUK CARUMAN
PERKESO DAN KWSP: 

 Jenis/Kompleksiti Tugas Berdasarkan
Kesetaraan Akademik
Upah;- 

  • Setaraf Ijazah Sarjana Muda : RM2,000 (1 KEKOSONGAN)
  • Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia RM1,800 
  • Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) : RM1600
  • Tiada Sijil Pelajaran Malaysia : RM1,400

KEMUDAHAN

  • Cuti Rehat 
  • Cuti Sakit 
  • Caruman KWSP
  • Caruman PERKESO

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia 
  • Sihat tubuh badan 
  • Berumur 18 tahun dan ke atas 
  • Memiliki 5 kepujian subjek pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 
  • Mempunyai sijil Ijazah Sarjana Muda

CARA MEMOHON

Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, bolehlah cuba memohon dengan menggunakan kaedah yang berikut:- 

  • Pemohon MySTEP boleh menghantar resume yang lengkap kepada pondok pengawal keselamatan SMK St Joseph, Miri , dengan disertakan dengan beberapa gambar passport terkini, salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelayakan akademik. 
  • Setiap kekosongan jawatan adalah tertakluk di atas pengeluaran sektor-sektor kerajaan.
  • Sebarang maklumat, bolehlah hubungi :- 

Puan Jhenny Then (Penolong Kanan Pentadbiran) – 0198659373

  • Untuk maklumat lanjut mengenai Personel MySTEP anda boleh layari maklumat ini:- 

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

4 JUN 2021 (JUMAAT)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi  dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak