Diskaun 70% SAMAN JPJ dilancarkan sempena ULANGTAHUN KE-75. Ini cara untuk tebus diskaun

Berita baik untuk mereka yang mempunyai saman tertunggak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sempena Ulang Tahun JPJ yang ke 75 tahun, JPJ dengan berbesar hati melancarkan diskaun pembayaran saman sebanyak 70%. Wow, bukan senang nak dapatkan peluang besar ni. 

Jadi, tunggu apa lagi? Mari lihat maklumat, syarat-syarat dan cara permohonan untuk tebus diskaun saman ini. 

TARIKH DISKAUN 70% SAMAN JPJ

13 APRIL 2021 - 11 JUN 2021

 SAMAN LAYAK UNTUK TEBUS DISKAUN 

Berikut merupakan saman-saman yang layak untuk menebus diskaun 70% :- 

  1. Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333)
  2. Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)
  3. Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715)
  4. Kaedah-kaedah dan perintah-perintah dibawahnya
  5. Kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

CARA-CARA UNTUK MENEBUS DISKAUN SAMAN

Bagi mereka yang ingin menebus diskaun saman 70% JPJ, anda bolehlah menyelesaikan saman bermula tarikh 13 April hingga 11 Jun 2021, di :-

  1. Pejabat JPJ atau JPJ cawangan
  2. Urban Transformation Centre (UTC)
  3. Kiosk JPS
  4. Portal JPJ MYSIKAP (Klik sini untuk ke portal JPJ)

Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar sebagai pengguna di Portal JPJ, MYSIKAP:- 







 
*Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di nombor 03-8000 8000 atau layari laman web https://www.jpj.gov.my/.


INFO TAMBAHAN

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk menyelesaikan saman JPJ dengan harga yang lebih murah.  Terus maju jaya. 


Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak



Catat Ulasan

0 Ulasan