BPR Fasa 2: Permohonan Rayuan BPR Mulai 15-30 Jun 2021


Berikutan pemakluman oleh Kementerian Kewangan dan LHDN, mulai 7 Mei 2021, bayaran Bantuan Prihatin Rakyat 'BPR' Fasa 2 akan dibuat secara berperingkat. Status kelulusan BPR Fasa 2 juga boleh mula disemak pada 7 Mei.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri 'LHDN', penerima BPR Fasa 2 yang layak menerima bayaran merujuk kepada Permohonan BPR 2021 berstatus lulus DAN melepasi semakan verifikasi kelayakan.



Hal ini dinyatakan melalui Soalan Lazim 'FAQ' Pembayaran BPR Fasa Kedua yang dikemaskini pada 4 Mei 2021 di Portal Rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Dalam FAQ tersebut juga dinyatakan bahawa kelayakan tidak semua penerima Fasa Pertama BPR akan menerima baki bayaran Fasa seterusnya BPR 2021 kerana pembayaran fasa seterusnya adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan bagi permohonan BPR 2021 yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021.



Tarikh Permohonan Rayuan BPR Fasa 2

Untuk makluman, anda boleh membuat rayuan BPR Fasa 2 yang akan dibuka mulai 15-30 Jun 2021.
  • Permohonan Rayuan BPR 2021 dengan mengikuti langkah berikut:
  • Pergi ke Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
  • Klik pada ikon ‘Rayuan’ (mulai 15 Jun 2021)
  • Masukkan nombor kad pengenalan (Mykad) dan klik pada butang carian.
  • Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai.
  • Pastikan anda mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BPR Fasa 2.

Kod Alasan Tidak Lulus BPR Fasa 2

Berikut antara alasan TIDAK LULUS BPR FASA 2:
  • 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
  • 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
  • 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
  • 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

Tiada ulasan