TERKINI: Kerajaan akan memperuntukkan Kredit E-Tunai untuk belia bernilai RM150 bermula 1 Jun. Ini cara untuk memohon

 


Berita baik untuk belia di negara ini, terkini, kerajaan akan memberikan insentif kredit e-tunai bernilai RM300 juta  kepada dua juta belia warganegara Malaysia yang layak bermula 1 Jun depan. 

Wow, lepas ni bolehlah beri barang keperluan dekat laman web e-shopping pulak ye?

FAEDAH

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), ia bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai dalam kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan berdaftar.

JUMLAH INSENTIF

Dengan faedah tambahan ini, setiap penerima layak mendapat nilai kredit berjumlah RM150, berbanding RM100 sebelum ini.

EMPAT PENYEDIA PERKHIDMATAN E-TUNAI YANG MENYEDIAKAN TUNTUTAN E-TUNAI

Mengulas lanjut, MOF berkata, eBelia akan ditawarkan melalui empat penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay and Touch 'n Go eWallet yang secara keseluruhan mempunyai 30 juta pengguna aktif, dan jaringan lebih satu juta peniaga di dalam dan luar talian.

Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-tunai tersebut.

SIAPAKAH YANG AKAN DAPAT BANTUAN INI?

Menurut MOF, inisiatif eBelia itu dibuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 atau merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM 4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar.

TARIKH TUNTUTAN

"Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 1 Jun hingga 22 Julai dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai.

CARA TUNTUTAN

Mereka yang layak digalakkan untuk mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-masing atau memuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 Jun ini.

INFO TAMBAHAN

Untuk info lanjut, anda bolehlah melayari laman Belanjawan 2021/Program eBelia.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan pengetahuan dan info mengenai berita semasa bantuan E-Tunai RM150.

Sila sebarkan maklumat ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 


Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak


Sumber: Mstar

Tiada ulasan