94 kekosongan di Kementerian Kerja Raya. Gaji RM1377.00 – RM4052.00


Berita gembira untuk warganegara Malaysia yang berkelayakan. Ini peluang untuk anda memohon pekerjaan, kerana Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ada membuka peluang kepada 94 calon pekerja di Kementerian Kerja Raya, Malaysia.

Oleh itu, jangan tunggu lama. Mohonlah sebelum tarikh penutupan untuk merealisasikan impian anda untuk bekerja di Kementerian Kerja Raya Malaysai.  Lihat maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan di bawah:- 

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • Pelukis Pelan Kejuruteraan Awam JA19
  • Penjaga Jentera Elektrik Gred J19

GAJI

RM1377.00 – RM4052.00
Kenaikan tahunan: RM100.00

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur 18 tahun dan ke atas dari tarikh tutup permohonan 
  • Mempunyai sijil SPM/SVM atau Diploma dari IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Kemas, profesional dan fleksibel dalam melakukan kerja 
  • Bertanggungjawab 

CARA PERMOHONAN

  • Jika anda tidak mempunyai akaun SPA9 anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut. 
  • Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON. 
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih. 
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. 
  • Selamat maju jaya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

27 JUN 2021 (AHAD) 

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi  dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak