Bantuan Kanak-kanak (BKK) maksimum RM1,000 sebulan. Lihat syarat-syarat kelayakan di sini!

 


Buat mereka yang mempunyai anak-anak ataupun sedang menjaga kanak-kanak, anda bolehlah memohon bantuan khas kanak-kanak melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bantuan ini akan disalurkan setiap bulan berdasarkan kelayakan kanak-kanak serta penjaga kanak-kanak tersebut bagi meringankan beban dalam memenuhi tuntutan pembesaran mereka. 

Memerlukan? Mari lihat maklumat, syarat-syarat dan cara permohonan di bawah:-


MAKLUMAT BANTUAN

Minimum  sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan  mengikut pecahan berikut :

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
  • Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

TUJUAN

  • Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
  • Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)
  • Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan

CARA PERMOHONAN

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti :- 

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon, 
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, 
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, 
  • Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Anda juga perlu mengisi borang-borang permohonan seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarat. Tekan untuk muat turun berikut:- 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai skim bantuan ini, anda boleh hubungi nombor telefon yang tertera di bawah:-

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045
Emel : Maklum Balas (ISPAAA)


INFO TAMBAHAN

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk memohon skim bantuan tersebut. Terus berusaha dan maju jaya!

Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak