Bantuan Khusus Untuk Belia Umur 18 - 30 Tahun, Mohon Sekarang!



Tahukah anda, kerajaan ada memperkenalkan satu inisiatif untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat khususnya golongan belia dan graduan yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Ini bertujuan bagi memberikan pengalaman bekerja kepada graduan dan belia serta meningkatkan kemahiran melalui on-the-job-training.

Inisiatif ini dikenali sebagai Penjana Kerjaya 2.0.


Penjana Kerjaya 2.0

Program ini merupakan seliaan di bawah Kementerian Sumber Manusia (PERKESO) bagi membantu pengalaman bekerja jangka pendek sepenuh masa sekurang-kurangnya 3 bulan kepada belia.

Objektif program ini semestinya adalah bagi menambahbaikan Program Insentif Pengambilan Pekerja, mengurangkan kadar pengangguran serta meningkatkan kebolehpasaran calon melalui program perantisan on-the-job-training.


Insentif Majikan & Pencari Kerja

Berikut dikongsikan insentif yang akan diterima oleh majikan dan pencari kerja:

  1. Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mengambil lepasan sekolah dan graduan bagi Program Perantisan
  2. Tempoh bayaran adalah selama 3 bulan dengan syarat kontrak perkhidmatan minimum 3 bulan.
  3. Gaji / elaun untuk pekerja adalah RM1,500 sebulan
  4. Majikan hanya boleh memohon hanya 1 kursus latihan untuk perantis dengan kos maksimum RM4,000
  5. Pekerja juga layak untuk menerima elaun kesediaa kerja / bantuan

_______________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

_______________________________________

Syarat Kelayakan

Berikut dinyatakan syarat untuk menyertai program ini

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lepasan sekolah / graduan berumur antara 18 - 30 tahun
  3. Calon masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap
  4. Calin mengikuiti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana syarikat dan badan-badan berkanun


Syarat Tambahan

  1. Syarikat perlulah berdaftar dan mengiklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di Portal MYFutureJobs
  2. Setiap perantis yang akan diambil bekerja di bawah program ini perlu mencarum dengan PERKESO
  3. Majikan layak memohon insentif 3 bulan insentif Penjana Kerjaya 2.0 di bawah kategori pekerja, sekiranya perantis berkenaa diserap sebagai pekerja.


Tarikh Permohonan

Program perantisan ini telah dimulakan sejak 1 Januari lagi dan akan berakhir pada 30 Jun 2021


Cara Permohonan

  1. Pekerja boleh memohon pekerjaan melalui portal MYFutureJobs
  2. Majikan yang ingin mendaftar melalui Penjana Kerjaya dan akan mengiklankan pekerjaan melalui MYFutureJobs

Maklumat Lanjut






Catat Ulasan

0 Ulasan