Cara Memohon Bantuan JKM RM1000 Sebulan Tahun 2021



Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah mengotakan janji untuk menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1000 sebulan termasuk untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU)


Untuk makluman, kenaikan ini adalah mengambil kira pada keadaan ekonomi serta kos sara hidup semasa lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik seperti sekarang ini. Berikut adalah cara untuk melakukan permohonan bantuan JKM sehingga RM1000 sebulan mengikut kelayakan termasuk untuk golongan OKU. 


SENARAI BANTUAN JKM 2021




Untuk makluman, bantuan JKM ini diberikan kepada mereka yang layak sahaja selepas melalui proses siasatan bagi tujuan penilaian untuk meringankan beban para penerima bantuan untuk meneruskan kelangsungan hidup lebih-lebih lagi di dalam keadaan pandemik seperti yang kita semua sedang alami ini. 


Berikut adalah merupakan senarai bantuan yang telah disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang anda boleh mohon buat masa ini:




Jumlah bantuan yang dinyatakan di atas adalah yang akan diberikan setiap bulan. 


CARA MEMOHON

Bagi anda yang ingin memohon bantuan ini, anda dikehendaki untuk terus pergi ke mana-mana pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang terdapat berhampiran dengan kawasan anda. 


Setiap permohonan yang dilakukan akan dijalankan siasatan bagi tujuan penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan keapda para pemohon. Urusan ini adalah bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak. 


Bagi tujuan memudahkan segala urusan, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian:

  • Salinan kad pengenalan diri pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama. 
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

Anda boleh download borang berkaitan di bawah ini:



1. JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) - DOWNLOAD
2. Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 - DOWNLOAD


Sila sebarkan paparan bantuan khas ibu tunggal ini kepada mereka yang memerlukan. 
Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak

Catat Ulasan

0 Ulasan