Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 dah dikreditkan? Mari lihat cara semakan permohonan disini!




Berita terbaharu buat warganegara Malaysia yang telah memohon GKP3.0. Kami telah menerima berita bahawasannya pengkreditan bagi Geran Khas Prihatin telah dilaksanakan bermula 8 Jun 2021. 

Mari lihat tarikh seterusnya dan cara membuat penyemakan status permohonan GKP 3.0 anda di bawah:- 

APAKAH GKP 3.0?

GKP 3.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 secara one-off berjumlah RM1,000 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA GKP 3.0?

· Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0   : RM1,000 (One-Off) 

· Lulus permohonan baharu GKP 3.0             : RM1,000 (One-Off) 

SYARAT-SYARAT  KELAYAKAN PERMOHONAN GKP 3.0

Mereka yang memohon GKP 3.0 perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:- 

a. Bukan penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini. 

b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.

c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:- 
         i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000.
        ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik.

d. Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 28 Februari 2021.

e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

CARA SEMAKAN GKP 3.0

Semakan bagi status permohonan GKP 3.0 boleh dibuat di portal Geran Khas Prihatin (GKP). Ikuti langkah-langkah yang berikut:- 

  • Masuk sebagai pengguna dan tetapkan kata laluan serta soalan keselamatan. 
  • Klik 'Semakan Status'. 
  • Status bagi permohonan GKP anda akan akan dipaparkan. 

TARIKH PENGKREDITAN GKP 3.0

Tarikh pengkreditan GKP 3.0 adalah seperti yang berikut:- 

  • Mulai 8 Jun 2021 - RM1000 
  • Julai 2021 - RM500 (Tarikh seterusnya akan dikemaskini oleh LHDN)

 MAKLUMAT LANJUT/PERTANYAAN MENGENAI GKP 3.0

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 3.0 boleh hubungi:- 

 HasilCare Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

 INFO TAMBAHAN

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan info terkini kepada anda.  Mudah-mudahan bantuan GKP 3.0 akan meringankan beban dan dapat memperkembangkan perniagaan anda. Terus berusaha dan maju jaya! 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak

Tiada ulasan