Bantuan MARA
Khas untuk Wanita, MARA keluarkan skim pembiayaan khas perniagaan bernilai RM50 000. Lihat cara permohonan disini!
Berita baik untuk usahawan wanita, kini Majlis Amanah Rakyat (MARA) ada memberikan bantuan buat wanita yang sedang berniaga. Skim ini merupakan Skim DanaNITA yang memperuntukkan para peniaga untuk membeli keperluan modal pusingan serta membiayai pembelian mesin.
Jikalau anda berminat untuk mengikuti serta memohon pembiayaan khas DanaNITA ini, anda bolehlah mengikuti maklumat, syarat-syarat dan juga cara memohon di bawah:-
APAKAH ITU DANANITA?
DanaNITA ialah Skim Pembiayaan Perniagaan Khusus Untuk Wanita yang bertujuan memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk memohon danaNita :-
- Warganegara dan Bumiputera berumur 18-60 tahun
- Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
- Mempunyai daftar perniagaan yang sah (SSM)
- Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan atas talian)
- Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
- Perniagaan Patuh Syariah
- Bebas daripada Senarai Hitam MARA
CARA MEMOHON
Sila ikuti langkah berikut:
- Layari https://www.mara.gov.my/
- Pilih E-Perkhidmatan
- Pilih MyUsahawan
- Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baru di Daftar Masuk Sistem Permohonan Pembiayaan MARA
- Daftar dan Mohon DanaNITA MARA di http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx
- Sediakan dokumen mengikut Senarai Semak berikut: http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/documentation/senarai_semak_pembiayaan.pdf
- Hantar permohonan anda.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk pertanyaan lanjut anda boleh emelkan persoalan / masalah kepada infobpn@mara.gov.my
atau
Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN) MARA atau Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Pejabat MARA Negeri (PMN): (03-26132000)
INFO TAMBAHAN
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian untuk berniaga. Terus berusaha dan maju jaya!
Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak
Catat Ulasan
0 Ulasan