Panduan lengkap permohonan bantuan iSuri KWSP bernilai RM480 setahun

 



Berita gembira buat suri rumah, kini KWSP memperkenalkan sistem pencaruman I-Suri yang membolehkan suri rumah untuk mendapat insentif sebanyak RM480 setahun. Peluang ini terbuka untuk suri rumah berwarganegara Malaysia dan sukarela untuk mencarum di bawah Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP). 

Oleh itu, bagi mereka yang bergelar suri rumah dan berminat untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai I-Suri ini bolehlah teliti maklumat, syarat-syarat dan cara permohonan di bawah;- 

MAKLUMAT

i-Suri (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) merupakan insentif khas kerajaan untuk suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) - Caruman Sukarela KWSP.


MANFAAT

  • Sumbangan RM480 setahun bagi tahun-tahun berikutnya 
Sumbangan kerajaan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan ke dalam akaun KWSP. 

MANFAAT AHLI KWSP

  • Dividen tahunan 
  • Bantuan hilang upaya 
  • Bantuan kematian 
  • Pengeluaran simpanan 
  • Pelepasan cukai

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam eKasih setakat 30 Jun 2018 
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) 
  • KIR Wanita - Balu, bercerai atau bujang 
  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 60 tahun 
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sbulan atau RM60 setahun

CARA PERMOHONAN/PENDAFTARAN

Kepada mereka yang berminat dan layak untuk memohon insentif i-Suri, anda bolehlah membuat pendaftaran ahli KWSP/i-Suri di mana kaunter-kaunter KWSP. 

Anda dikehendaki untuk membawa Kad Pengenalan dan dua (2) borang dibawah untuk pendaftaran:- 


CARA DAN SALURAN BAYARAN 

Berikut merupakan cara dan saluran bayaran bagi i-Suri ; 

Sumber; Portal KWSP

HAD BAYARAN 

Maksimum : RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkenaan i-Suri Boleh Layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan (03-89226000)

INFO TAMBAHAN

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan informatif berguna untuk anda dalam bersedia dalam mendepani hari-hari mencabar. Sila info ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak

Catat Ulasan

0 Ulasan