Pengambilan 875 calon Latihan Separa Perubatan. Mohon sebelum 4 Julai


Berita gembira buat LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM), kini terdapat 875 kekosongan LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA DAN SIJIL SESI JANUARI 2022 yang dibuka oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. Oleh itu kepada adik-adik atau warganergara Malaysia yang berminat untuk mengikuti program ini,

Bolehlah teliti maklumat di bawah:- 

JAWATAN YANG DITAWARKAN 

BERTARAF DIPLOMA

  • Jururawat 
  • Pen Pegawai Perubatan 
  • Pen Pegawai Kesihatan Persekitaran 
  • Juruteknologi Makmal Perubatan 
  • Penolong Pegawai Farmasi 
  • Jurupulih Perubatan Fisioterapi 
  • Jurupulih Perubatan Carakerja 
  • Juru X-Ray (Radiografi) 
BERTARAF SIJIL
  • Pembantu Kesihatan Awam 
  • Pembantu Pembedahan Pergigian

GAJI 

RM1797.00 – RM9618.00

Kenaikan tahunan : RM145.00 

*Gaji adalah mengikut kepada Gred Jawatan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  •  Tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan
  •  Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diiktiraf oleh kerajaan
  •  Profesional dan mempunyai semangat kerjasama yang tinggi. 


CARA-CARA MEMOHON

  • Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda bolehlah melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 9 (SPA9).
  • Jika anda tidak mempunyai akaun SPA9 anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut. 
  • Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON. 
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih.
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  • Selamat maju jaya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

4 JULAI 2021 (AHAD) 

 INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi  dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak