13 Jawatan Kosong Jurutera Gred J41 (Mekanikal). Gaji RM2,529.00 – RM9,643.00


Anda graduan Ijazah Sarjana Muda yang mengambil bidang Kejuruteraan Mekanikal? Masih tercari pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang anda? Usah risau, kerana ada berita gembira buat anda. Kini, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya ada  membuka 13 kekosongan jawatan Jurutera J41 dengan pengkhususan Mekanikal.

Oleh itu kepada graduan kejuruteraan mekanikal yang  berwarganergara Malaysia dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda bolehlah meneliti maklumat di bawah untuk mengetahui syarat-syarat dan cara permohonan.

JAWATAN YANG DITAWARKAN

Jurutera Gred J41 (Mekanikal)

GAJI 

RM2,529.00 – RM9,643.00

Kenaikan tahunan: RM225.00 

PENGKHUSUSAN YANG DIPERLUKAN

Berikut merupakan pengkhususan yang diperlukan untuk jawatan ini:- 

  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
  • Kejuruteraan Mekanikal (Automotif & Diesel)
  • Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekanikal)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur 18 tahun dan ke atas 
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia 
  • Menepati syarat-syarat akademik minimum yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Raya
  • Kemas 
  • Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan 

CARA MEMOHON

  • Jika anda tidak mempunyai akaun SPA9 anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut. 
  • Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih. 
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. 
  • Selamat maju jaya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

2 OGOS 2021 (ISNIN) 11.59 MALAM 

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi  dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak