140 Kekosongan Penolong Pegawai PenguatKuasa Gred KP29. Gaji RM1,493.00 – RM5,696.00


Anda merupakan graduan Diploma? Masih mencari pekerjaan yang kukuh? Ini ada berita baik untuk anda, kini Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) ada membuka 140 kekosongan bagi jawatan Penolong Pegawai PenguatKuasa Gred KP29. Bukan itu sahaja, jawatan ini membuka lebih dari 20 keperluan bidang. Wah, menarik kan?

Jadi, tunggu apa lagi? Mari semak butiran, maklumat, syarat dan cara permohonan di bawah:- 

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 

GAJI 

RM1,493.00 – RM5,696.00
Kenaikan tahunan : RM145.00 

KEKOSONGAN

100 kekosongan 
40 simpanan 

PENGKHUSUSAN YANG DIPERLUKAN

Berikut merupakan pengkhususan yang diperlukan untuk jawatan ini:- 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur 18 tahun dan ke atas 
  • Mempunyai Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia 
  • Kemas 
  • Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan 

CARA MEMOHON

  • Jika anda tidak mempunyai akaun SPA9 anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut. 
  • Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON. 
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih. 
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. 
  • Selamat maju jaya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

28 JULAI 2021 (RABU) 11.59 MALAM 

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi  dianggap tidak berjaya.
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak