30 Kekosongan Jawatan Pengawas Hutan Gred G19. Lepasan SPM pun boleh mohon!


Masih tercari pekerjaan? Ingin punyai kerjaya yang kukuh? Hah, ini ada berita gembira buat LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)! Kini terdapat 35 kekosongan jawatan Pengawas Hutan Gred G19 yang dibuka oleh Pejabat Setiausaha Negeri Sembilan. Oleh itu kepada adik-adik serta warganergara Malaysia yang berminat untuk mengikuti program ini, anda bolehlah meneliti maklumat di bawah untuk mengetahui syarat-syarat dan cara permohonan.

JAWATAN YANG DITAWARKAN

Pengawas Hutan Gred G19

GAJI

RM1357.00 – RM4008.00 
Kenaikan tahunan : RM100 

DESRKIPSI TUGAS

Bertanggungjawab membantu Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan dalam melaksanakan dan memantau kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan, aktiviti-aktiviti pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan, membantu pengumpulan maklumat-maklumat perhutanan dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan.

SYARAT-SYARAT LANTIKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dari tarikh tutup permohonan
  • Keutamaan kepada anak kelahiran Negeri Sembilan
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/SVM/SKM yang diiktiraf oleh kerajaan
  •  Profesional dan mempunyai semangat kerjasama yang tinggi

CARA-CARA MEMOHON

  • Jika anda tidak mempunyai akaun SPA9 anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut. 
  • Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON. 
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih.
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  • Selamat maju jaya!

 INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi  dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak