Anda Belum Bekerja? Ini Bantuan RM800 Yang Anda Boleh Mohon!

Untuk makluman anda, program yang dikenali sebagai program PERANTISAN adalah merupakan sebuah program terbuka untuk golongan belia yang belum bekerja untuk melakukan permohonan Program Perantisan PERKESO yang telah dilaksanakan di bawah PEMERKASA. 

Setelah menerima maklum balas daripada pihak industri, program ini telah ditambah baik yang mana program ini akan menjanjikan sesuatu yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini. Ikuti perkongsian yang telah pasukan Blog Rojak sediakan di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan program serta bantuan ini. 

JUMLAH BANTUAN & TARIKH PERMOHONAN

1. Program Perantisan Asal (PenjanaKerjaya 2.0)

  • Tempoh Latihan : 3 bulan
  • Jumlah Insentif : RM1,000
  • Tarikh Permohonan : –
2. Program Perantisan PERKESO PEMERKASA (Permohonan Baru) 
  • Tempoh Latihan : 6 bulan
  • Jumlah Insentif : RM800
  • Tarikh Permohonan : 1 April 2021
3. Program Perantisan PERKESO PEMERKASA (Lanjutan daripada Perantisan Asal)
  • Tempoh Latihan : 3 bulan + 3 bulan lanjutan
  • Jumlah Insentif : RM1,000 (3 bulan pertama), RM600 (3 bulan lanjutan)
  • Tarikh Permohonan : 15 April 2021
SYARAT KELAYAKAN

  • Pihak majikan yang mengambil perantis di bawah Penjana Kerjaya layak untuk memohon bagi para pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran berdasarkan keperluan pekerjaan atau perusahaan berkenaan. 
  • Hanya kursus yang dikenalpasti bersesuaian dengan keperluan industri akan diluluskan. 
  • Setiap perantis yang tersenarai di bawah PenjanaKerjaya 2.0 hanya boleh mengikuti 1 kursus sahaja. 
CARA MEMOHON

  • Daftar dan iklankan kekosongan bagi pengambilan perantisan di Portal MYFutureJobs di laman berikut – klik DI SINI
  • Buat permohonan insentif di laman berikut – klik DI SINI
  • Bagi program perantis pula, mereka boleh memohon pekerjaan di bawah Program Perantisan PERKESO melalui laman berikut – klik DI SINI