PEMULIH : Bantuan Khas Taska RM3,000

Taska dibawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menerima Bantuan Khas Taska yang berjumlah RM3,000. Sebanyak 4,400 pengusaha taman asuhan kanak-kanak (TASKA) akan mendapat manfaat daripada insentif ini. Bantuan tersebut turut membabitkan 8,000 pengusaha taman didikan kanak-kanak (TADIKA) swasta seliaan Kementerian Pendidikan. 







Tujuan pemberian bantuan khas ini bagi meringankan beban pengurusan TASKA dalam mematuhi Panduan Pencegahan (SOP) Penularan COVID-19 yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN). Permohonan dibuka bermula 19 Julai 2021 sehingga 31 Ogos 2021 dengan mengisi Borang Permohonan. Dikongsikan pada artikel kali ini berkenaan dengan cara permohonan untuk mendapatkan bantuan khas yang dinyatakan.

Jenis-jenis TASKA Untuk Permohonan : 



1. TASKA Institusi 
a. Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan.
b. Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)


2. TASKA Di Tempat Kerja
a. Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
b. Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja

3. TASKA Komuniti 
a. Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
b. Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
c. Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar


4. TASKA Rumah
a. Menerima 4 hingga 9 kanak-kanak dalam jagaan
b. Dijalankan di kediaman sendiri

Jenis Peruntukan Yang Ditanggung


1. Disinfeksi/Nyahkuman TASKA (diluar dan dalam TASKA) 

2. Peralatan penyukat suhu badan
3. Bahan sanitasi 
4. Pelitup muka
5. Kos pengurusan TASKA yang lain


Kadar Bantuan Yang Diberikan

a. RM800 bagi TASKA yang beroperasi dari rumah
b. RM3,000 untuk TASKA Institusi, TASKA di Tempat Kerja dan Taska Komuniti


Panduan Permohonan 



1. Pemohon perlu memuat turun Borang Permohonan (klik disini) dan senarai semak yang telah disediakan atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berdekatan.


2. Pengusaha perlu mengemaskini maklumat dalam sistem Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDC). Klik sini untuk pautan laman web : NCDC


3. Pemohon perlu memastikan dokumen sokongan disahkan di Pejabat Kebajikan Masyarakat.

4. Temu janji bagi mengemukakan dokumen sepertimana dinyatakan dalam senarai semak kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat yang terdekat.


Info lanjut, rujuk disini : Maklumat Penuh Permohonan