Bantuan Khas Zakat RM300 Untuk Semua Keluarga B40

Untuk pengetahuan, berita baik buat anda semua kerana Lembaga Zakat Negeri Kedah kini telah membuka permohonan agihan zakat khas bagi setiap keluarga yang terjejas daripada segi pendapatan akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19. Kepada golongan ketua isi rumah yang layak boleh melakukan permohonan melalui Sistem Permohonan Agihan Zakat selewat-lewatnya pada 07 Ogos 2021.

Untuk makluman anda, hanya ketua keluarga sahaja yang layak memohon bantuan atau waris pemohon bagi yang masih berada di bawah tanggungan. Sila ikuti segala perkongsian di bawah ini untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan permohonan bantuan zakat yang ditawarkan. 

KADAR BANTUAN

Bagi para pemohon yang layak akan menerima bantuan tunai sebanyak:

  • RM300
TARIKH PERMOHONAN
Untuk pengatahuan anda, permohonan boleh dilakukan sepanjang tempoh berikut: 
  • 18 Julai – 07 Ogos 2021
SYARAT PERMOHONAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja yang akan dipertimbangkan:
  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia dan tinggal di negeri Kedah sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Golongan yang terjejas pendapatan disebabkan wabak pandemik Covid-19 dan mempunyai pendapatan isi rumah semasa di bawah RM2,000 sebulan (gaji kasar). 
  • Hanya ketua keluarga sahaja yang layak memohon bantuan atau waris pemohon bagi yang masih berada di bawah tanggungan. 
  • Bukan penerima bantuan kewangan bulanan Lembaga Zakat Negeri Kedah. 
CARA MEMOHON

Setiap permohonan mestilah dilakukan atas nama keluarga atau waris pemohon bagi yang masih berada di bawah tanggungan seperti dalam kategori berikut:
  • Suami : Jika berkahwin
  • Isteri : Jika bercerai
  • Isteri : Jika ditinggalkan suami tanpa nafkah
  • Anak : Jika ibu bapa uzur dan terlantar sakit
Permohonan hendaklah melalui Sistem Permohonan Agihan Zakat melalui pautan berikut: 
DOKUMEN SOKONGAN

Hanya permohonan yang lengkap bersama semua dokumen berikut sahaja yang akan dipertimbangkan untuk diproses:

  • Kad pengenalan pemohon sahaja (depan dan belakang)
  • Sijil nikah/surat cerai/sijil kematian suami/isteri (jika berkenaan)
  • Slip gaji, penyata pendapatan, pencen, surat diberhentikan, cuti tanpa gaji dan sebagainya (jika berkenaan). Bagi yang tidak bekerja atau tiada slip gaji, sila cetak Surat Pengesahan Pendapatan atau dapatkan di Pejabat Zakat Daerah berdekatan).
  • Penyata akaun bank pemohon (akaun ASB dan Tabung Haji tidak dibenarkan).
  • Bukti Bermastautin Pemohon: bil elektrik/air/telefon dan lain-lain bil (atas nama/alamat pemohon).
  • Laporan perubatan daripada doktor perubatan Hospital Kerajaan (jika ada).
  • Hanya permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan sahaja akan dipertimbangkan permohonan.
TALIAN PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Skim Agihan Khas Zakat, sila hubungi talian berikut:

  • Ibu pejabat: 019-4181740
  • Baling: 04-4702428 / 013-4529155
  • Bandar Baharu: 04-4079670 / 019-4738255
  • Kota Setar: 04-7318005 / 019-5739155
  • Kubang Pasu: 04-9171561 / 019-4967255
  • Kuala Muda: 04-4411881 / 019-4122155
  • Kulim: 04-4900873 / 019-5732155
  • Langkawi: 04-9660179 / 019-4753155
  • Padang Terap: 04-7866239 / 019-5172155
  • Pendang: 04-7594515 / 019-4123155
  • Pokok Sena: 04-7821513 / 019-5186155
  • Sik: 04-4695895 / 019-4104255
  • Yan: 04-4683482 / 019-4804155