Bantuan RM100 Sebulan Barangan Dapur

Program PRIHATIN Kasih adalah satu bantuan yang disalurkan kepada isi rumah miskin bandar dengan kaedah pembayaran tanpa tunai menerusi MyKad yang dilaksanakan oleh Yayasan MyKasih dengan sokongan Yayasan Hasanah di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA)

Program ini bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dengan peruntukkan sebanyak RM100 juta, program ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara.


Manfaat Program PRIHATIN Kasih

RM100 sebulan akan diberikan selama 3 bulan

Bayaran akan dikreditkan ke akaun MyKad

Boleh digunakan untuk membeli barang keperluan seperti makanan tin, beras, minyak masak, telur dan banyak lagi.


Lokasi Pembelian

Penerima yang layak boleh membeli barangan keperluan di 300 lebih pasar raya dan kedai seluruh negara seperti:

  1. Mydin
  2. Giant
  3. Econsave
  4. The Store
  5. Pacific
  6. Milimewa
  7. 99 Speedmart
  8. Lotus Stores (Tesco)
  9. Dan kedai runcit terpilih

____________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

____________________________________________________________________


Bulan Pelaksanaan

Julai - September 2021 

  1. Selangor 
  2. Kuala Lumpur

Ogos - Oktober 2021

  1. Kelantan
  2. Johor
  3. Pulau Pinang
  4. Kedah
  5. Perlis
  6. Perak
  7. Melaka
  8. Terengganu

September - November 2021 / Oktober - Disember 2021 (akan dimaklumkan kemudian)

  1. Negeri Sembilan
  2. Labuan
  3. Pahang
  4. Putrajaya
  5. Sabah
  6. Sarawak

Semakan Kelayakan

Berikut dikongsikan cara untuk menyemak kelayakan Program PRIHATIN Kasih:

  1. Buka laman web My Kasih di  https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx
  2. Masukkan No Kad Pengenalan dan Captcha
  3. Klik "Semak Status"
  4. Keputusan kelayakan akan dipaparkan
  5. Penerima akan menerima SMS daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka
  6. Penerima perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang akan ditetapkan

Maklumat Lanjut

Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkaitan Program PRIHATIN Kasih, anda boleh rujuk di https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/faq_bm.aspx?lang=ms-MY



Tiada ulasan