Baru Berkahwin? Jom Mohon Rumah Transit Dengan Sewa RM250 Sebulan!


Atas inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, terdapat satu program dimana pasangan yang baru sahaja berkahwin boleh menduduki rumah dengan hanya sewa RM250 sebulan. Ianya juga bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun. Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan.

Oleh itu, bagi pasangan yang masih tercari-cari tempat untuk bertuduh, bolehlah mencuba program ini. Mari teliti maklumat, syarat-syarat dan cara permohonan di bawah:- 

KADAR DAN TEMPOH SEWAAN

Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun. Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan bagi permohonan rumah transit ini :- 

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  • Pemohon telah berkahwin
  • Pemohon berumur antara 18 hingga 30 tahun
  • Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohon
  • Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohon
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
  • Tiada rekod jenayah

CIRI-CIRI RUMAH TRANSIT

  • Keluasan unit adalah di antara 700 hingga 850 kaki persegi
  • 2 atau 3 bilik tidur
  • 2 bilik air
  • Ruang tamu
  • Ruang dapur
  • Dilengkapi dengan kipas dan lampu

KEMUDAHAN RUMAH TRANSIT

  • Dewan serbaguna
  • Ruang taska
  • Kedai / gerai
  • Pejabat pengurusan
  • Tempat letak kereta
  • Tempat letak motosikal
  • Pagar kawasan
  • Kawalan keselamatan
  • Surau
  • Lif
  • Landksap

LOKASI RUMAH TRANSIT

Buat masa ini, sebanyak 2 blok (Blok L dan M) di PPR Pinggiran Bukit Jalil yang mengandungi sebanyak 632 unit rumah dijadikan projek perintis bagi program ini. Program ini akan diperluas ke bandar-bandar besar seluruh Malaysia.

CARA MEMOHON

Untuk memohon Projek Perumahan Rakyat, anda bolehlah mengemukakan permohonan melalui talian online sahaja. Permohonan manual adalah tidak diterima buat masa sekarang.

Berikut merupakan cara-cara memohon PPR di portal TEDUH:- 


  • Daftar maklumat anda di laman web tersebut dengan memasukkan nama penuh, no kad pengenalan dan e-mail anda. 
  • Selepas memasukkan maklumat, anda perlu log in ke di portal SPRN tersebut. 

  • Pilih Skim mengikut kelayakan anda. 
  • Lengkapkan maklumat pemohon dengan tepat dan sahih. 
  • Pilih Projek (Rumah Transit) 
  • Muat naik dokumen sokongan yang diminta. 
  • Buat pengesahan dan hantar permohonan anda. 
  • Semoga berjaya!


MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai projek ini, anda bolehlah menghubungi :- 

Cawangan Pengisian dan Penjualan, Bahagian Pengurusan Perumahan
03-8891 4052 / 4061 / 4400

Melalui emel
Pertanyaan Skim Rumah Transit: [email protected]
Masalah Aplikasi: [email protected]

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya! Sekian, terima kasih.