Cara Memohon Elaun Pekerja OKU (EPOKU) RM450 sebulan


Buat mereka yang berstatus Orang Kurang Upaya yang sedang bekerja terdapat elaun pekerja OKU yang anda boleh mohon dan perolehi melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang telah berdaftar dan memegang kad sah OKU, anda boleh mencuba untuk memohon elaun yang ditawarkan ini. 

Mari teliti maklumat, syarat-syarat serta cara permohonan di bawah :- 

NAMA BANTUAN

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

KADAR BANTUAN

RM450 seorang sebulan

TUJUAN BANTUAN

Insentif ini diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang Kad OKU JKM;
  • Pendapatan RM1500 dan ke bawah
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.     

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

CARA PERMOHONAN

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. 

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

SECARA MANUAL

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti :- 

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada) 
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Sila muat turun borang yang berkenaan untuk memohon dan sertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan:- 

BORANG BANTUAN PERMOHONAN OKU

SECARA TALIAN

Untuk mereka yang ingin membuat permohonan secara talian, anda bolehlah melayari laman web tersebut :- 

  • Klik Daftar Permohonan atas Talian 
  • Masukkan no kad pengenalan 
  • Kemudian, isi maklumat-maklumat dengan tepat dan sahih
  • Hantar permohonan.

Dalam tempoh 14 hari selepas membuat permohonan , anda dikehendaki untuk datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan;- 

  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)

Kegagalan anda untuk datang, akan mengakibatkan permohonan anda dibatalkan serta merta. 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian

Alamat: 

Jabatan Kebajikan Masyarakat, 

Aras 6, 9-18, No 55, 

Persiaran Perdana, Presint 4, 

62100 Putrajaya.

No. Tel: 03 – 8000 8000

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan informasi ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda yang memerlukan.