Permohonan GKP 4.0 RM1,000 2021 Untuk Para Peniaga Seluruh Malaysia

GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan
Oleh itu, berita baik bagi anda yang tidak sempat memohon GKP sebelum ini, kini anda boleh untuk memohon permohonan baharu GKP 4.0 bermula hari ini 15 Julai sehingga 31 Julai 2021.
Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini permohonan GKP 4.0.

Senarai Penerima Layak GKP 4.0

  • Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
  • Permohonan baru GKP 4.0

Jumlah Bantuan GKP Diterima

  • Penerima sedia ada GKP 1.0, 2.0 dan 3.0
  • RM1,000 (RM500 pada bulan September & RM500 pada bulan November)

Permohonan Baru GKP 4.0

RM1,000 (RM500 pada bulan September & RM500 pada bulan November)

Syarat Permohonan Baru GKP 4.0

1. Berikut dikongsikan syarat-syarat untuk membuat permohonan baru GKP 4.0:
2. Bukan penerima GKP 1.0, 2.0 dan 3.0 sebelum ini
3. Pemohon adalah Warganegara Malaysia
4. Pemohon menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) Mikro seperti berikut:
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang dan tidak termasuk pemilik
  • 5. Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 30 Jun 2021
6. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan baru GKP 4.0 boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi GKP di https://gkp.hasil.gov.my/

Tarikh Permohonan GKP 4.0

Permohonan baru GKP 4.0 akan mula dibuka pada 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021.

Langkah-Langkah Permohonan Baharu GKP 4.0

Kami kongsikan kepada anda cara permohonan manual terkini GKP 4.0 seperti berikut:
1.Pergi ke Portal Rasmi GKP 4.0
  • Anda perlu untuk pergi ke talian portal rasmi GKP 4.0 di https://gkp.hasil.gov.my/ .
  • Kemudian masukkan nombor MyKad dan isi Kod Captcha
  • Klik Butang ‘Permohonan Baharu’
2. Isi Maklumat Pemohon
Ruangan pengisian maklumat pemohon, medan bertanda * adalah medan wajib diisi.


3. Isi Maklumat Pasangan
Ruangan pengisian Maklumat Pasangan jika Status Perkahwinan adalah ‘Kahwin. Medan bertanda * adalah wajib diisi.
3. Isi Maklumat Pasangan
Ruangan pengisian Maklumat Pasangan jika Status Perkahwinan adalah ‘Kahwin. Medan bertanda * adalah wajib diisi.
5. Pengesahan Captcha, Akaun dan Hantar
6. Daftar Akaun
  • Masukkan No MyKad dan klik carian.
  • Isi Poskod dan Bandar yang diisi semasa permohonan di Bahagian Maklumat Perniagaan.
  • Isi Frasa Keselamatan dan pilih 5 soalan keselamatan serta jawapan. Klik ‘Daftar’.
  • Isi kata laluan serta pengesahan kata laluan dan klik ‘Daftar’.
7. Semakan
  • Klik log masuk, isi nombor MyKad dan kata laluan anda.
  • Kemudian, status permohonan diterima anda akan keluar bermakna pendaftaran anda berjaya.

Maklumat Tambahan

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)
Sekiranya, anda ingin merujuk maklumat terkini GKP 4.0, anda boleh KLIK SINI