Ijazah Bukan Pendidikan pun boleh mohon jawatan Pegawai Pendidikan Gred DG41? Ini syarat-syaratnya




Baru sahaja tadi, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah mengeluarkan kenyataan dan syarat-syarat kelayakan bagi pembukaan permohonan jawatan Pegawai Pendidikan Gred DG41. Namun, persoalannya disini , adakah graduan Ijazah Bukan Pendidikan yang berminat untuk menjadi pendidik juga boleh memohon pembukaan jawatan ini? 

Mari semak dan teliti jawapan persoalan ini berdasarkan jawapan yang telah diberikan oleh pihak SPP. 

SYARAT KELAYAKAN 

1. Siapa yang layak memohon? 

Graduan Pendidikan dan Bakal Graduan Pendidikan (caloncalon) semester akhir pengajian daripada universiti awam, swasta atau luar negara adalah layak memohon jawatan mengikut bidang dan institusi pengajian yang telah tersenarai dalam Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) serta mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA). 

DASAR PENGAMBILAN 

1. Adakah Graduan Pendidikan ini boleh dilantik sebagai guru di Sekolah Rendah? 

Boleh, dan perlu mengikuti kursus penyesuaian yang akan diuruskan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG). 

PENAWARAN OPSYEN 

1. Adakah graduan pendidikan dalam bidang-bidang yang tiada keperluan opsyen mata pelajaran boleh memohon? 

Boleh. Walau bagaimanapun pengambilan adalah berdasarkan keperluan dan tertakluk kepada kekosongan kluster opsyen mata pelajaran. 

JAWATAN YANG DITAWARKAN 

1. Bilakah guru-guru ini akan dilantik? 

Calon yang berjaya akan dilantik secara berperingkat mulai Oktober 2021 bagi mengisi kekosongan pada tahun 2021. 

2. Bagaimanakah mekanisme sesi temuduga yang akan diadakan dalam tempoh PKP? 

Semua urusan temuduga akan dijalankan secara video conferencing. 

 PERMOHONAN 

1. Di manakah iklan tersebut akan disiarkan? 

Iklan akan disiarkan di Portal SPP www.spp.gov.my. dan Portal KPM. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Sistem mySPP di https://myspp.spp.gov.my

2. Adakah calon boleh memohon secara manual dengan SPP? 

Semua permohonan adalah secara dalam talian sepenuhnya dengan melayari Portal SPP. 

3. Adakah terdapat syarat umur untuk memohon jawatan guru ini? 

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah layak memohon. 

PENEMPATAN 

1. Bagaimanakah proses penempatan calon yang berjaya ke sekolah? 

Calon yang berjaya temuduga, urusan penempatan akan dibuat oleh KPM berdasarkan keperluan dan kekosongan opsyen mata pelajaran di sekolah. Apabila telah berjaya dalam pelantikan PPP Gred DG41. 

2. Adakah graduan boleh memilih penempatan untuk ditempatkan di sekolah rendah atau sekolah menengah? 

Tidak. Penempatan adalah berdasarkan keperluan dan kekosongan opsyen mata pelajaran di sekolah. 

TEMU DUGA 

1. Bagaimanakah calon akan mengetahui bahawa mereka layak dipanggil temu duga? 

2. Bolehkah seseorang calon menukar tarikh/ masa temu duga yang telah ditetapkan oleh SPP? 

Tidak boleh. 

PERMOHONAN CALON TIDAK MEMILIKI IKHTISAS PENDIDIKAN 

1. Adakah calon-calon yang tidak memiliki ikhtisas pendidikan layak memohon? 

Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang memiliki ikhtisas pendidikan tertakluk kepada mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan dan berjaya dalam tapisan yang dibuat. 

Sekiranya bilangan calon yang berjaya dari kalangan graduan pendidikan masih tidak mencukupi disebabkan ketidakpadanan opsyen maka permohonan dari kalangan calon-calon yang tidak memiliki ikhtisas pendidikan akan dibuka. Calon yang berminat boleh merujuk portal SPP dan KPM dari masa ke semasa berhubung pengambilan ini

Oleh itu, terjawablah persoalan-persoalan mengenai permohonan jawatan Pegawai Pendidikan Gred DG41 ini. Semoga mereka yang memohon jawatan ini akan dapat penempatan mengajar kelak. Kami ucapkan agar anda menjadi pendidik yang berkualiti dan disegani. Selamat berjaya!

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut mengenai permohonan jawatan Pegawai Pendidikan Gred DG41, anda bolehlah melayari laman web SPP www.spp.gov.my


Tiada ulasan