PEMULIH: Maklumat Permohonan dan Syarat Kelayakan Pengeluaran I-Citra RM5000

Beberapa hari lalu, Perdana Menteri ada mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat pakej bantuan yang dinamakan sebagai (PEMULIH) bagi menangani krisis ekonomi rakyat. Salah satu daripadanya ialah pengeluaran permohonan I-CITRA yang bernilai RM5000. Menerusi I-Citra ini, mereka yang layak boleh mengeluarkan amaun maksimum sehingga RM5000 iaitu RM1000 bagi lima bulan berturut-turut BULAN OGOS NANTI. 

Oleh itu, bagi mereka yang berminat untuk memohon dan mengeuarkan KWSP melalui insenitif I-Citra bolehlah meneliti maklumat, syarat-syarat serta cara permohonan di bawah:-

MAKLUMAT

Permohonan pengeluaran I-Citra RM5000 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Pengeluaran setiap bulan adalah RM1000 sehingga 5 bulan berturut-turut. 
  • Kadar bayaran adalah tertakluk kepada simpanan ahli KWSP itu sendiri.
  • Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap.
  • Memiliki simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

CARA PERMOHONAN

  • Permohonan adalah mulai 15 Julai 2021 sehingga 30 September 2021. 
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian dan portal ini hanya boleh diakses bermula pada 15 Julai 2021. 
  • Ikuti maklumat lanjut mengenainya dalam dari masa ke semasa.

TARIKH PENGKREDITAN BAYARAN I-CITRA 

  • Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan ke akaun ahli pada bulan Ogos 2021, iaitu bermula dengan RM1,000 sehingga Disember 2021. 
  • Keadaan ini adalah untuk melengkapkan jumlah amaun maksimum sehingga RM5,000.

INFO TAMBAHAN

Semoga dengan perkongsian informasi ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengetahui lanjut mengenai pemakluman I-Citra yang terkini. Moga dikuatkan kita untuk masa-masa seterusnya. 

Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan info ni kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak