Permohonan Pengeluaran I-Citra boleh dibuat pada 12 Julai 2021. Semak syarat-syarat di sini!


PERMOHONAN PENGELUARAN I-CITRA BOLEH DIBUAT PADA 12 JULAI 2021 (ISNIN)

Berita gembira buat mereka yang inging mengeluarkan wang I-Citra. Hari ini  merupakan hari permohonan bagi pengeluaran tersebut. Mengikut Bernama, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur di bawah 55 tahun boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra bermula 12 Julai 2021 melalui icitra.kwsp.gov.my tiga hari lebih awal daripada tarikh jangkaan asal.

SEMAK NO TELEFON UNTUK PENERIMAAN ONE-TIME PASSWORD (OTP)

KWSP berkata, bagi memudahkan untuk mengemukakan permohonan dalam talian i-Citra, ahli dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit mereka sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-Time Password (OTP), di samping mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran tersebut.

PENGELUARAN MAKSIMUM ADALAH RM5,000

i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam kedua-dua Akaun 1 dan 2.

PEMBAYARAN ADALAH SEBANYAK LIMA KALI BAYARAN

Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar secara sehingga lima kali bayaran bulanan sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan. Pembayaran pertama i-Citra dijangka dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula Ogos 2021,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

CARA PERMOHONAN DAN MAKLUMAT LANJUT

Bagi maklumat lanjut berkenaan i-Citra serta cara-cara membuat permohonan, ahli boleh merujuk link ini :- 

PEMULIH: MAKLUMAT DAN CARA PERMOHONAN I-CITRA RM5000

ataupun terus ke saluran komunikasi rasmi KWSP, di www.kwsp.gov.my, atau menghubungi talian hotline i-Citra di 03-8922 4848. 

Sumber: Bernama