Permohonan TIGA insentif PERKESO kini dibuka! Lihat tarikh permohonan di sini


Menurut Bernama, Pertubuhan Keselamatan Nasional iaitu PERKESO telah mengumumkan tiga insentif yang dilaksanakan di bawah  Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi yakni PEMULIH. Insentif tersebut telah dibuka bermula 15 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2021. 

Program yang dibuka tersebut adalah program yang akan memangkinkan lagi pewujudan pekerjaan baharu untuk rakyat Malaysia. Antara program yang akan dibuka permohonannya adalah:- 

  • Program Penjana Kerjaya 3.0
  • Program KerjayaGig 
  • SIP Prihatin 2.0

MAJIKAN YANG MENGGAJI PEKERJA BERMULA 15 JUN LAYAK MEMOHON

Menurut Perkeso, majikan yang telah menggaji pekerja bermula 15 Jun lepas dan seterusnya, layak untuk memohon insentif pengambilan pekerja di bawah program-program tersebut.

 

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej PEMULIH bernilai RM150 bilion merangkumi suntikan langsung fiskal sebanyak RM10 bilion bertujuan memberi bantuan menyeluruh kepada rakyat 28 Jun lepas.


MAJIKAN BOLEH PEROLEHI 40 HINGGA 60 PERATUS SUBSIDI DARI  JUMLAH GAJI PEKERJA

 

Pakej itu membuka ruang untuk pelanjutan Insentif Pengambilan Pekerja melalui Program PenjanaKerjaya 3.0 yang melayakkan majikan menerima 40 hingga 60 peratus subsidi daripada jumlah gaji pekerja untuk tempoh enam bulan.


ELAUN SEBANYAK RM300 UNTUK PENCARI KERJA

 

Kerajaan turut meluaskan Elaun Mencari Pekerjaan (SIP Prihatin 2.0) kepada golongan bukan pencarum Perkeso menerusi portal KerjayaGig, yang mana elaun sebanyak RM300 sebulan disediakan apabila mereka menghadiri tiga temu duga dalam sebulan bagi tempoh dua bulan.


Majikan dan pencari kerja boleh membuat permohonan insentif-insentif di bawah PenjanaKerjaya 3.0 dan Program KerjayaGig melalui pautan https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my.

PROGRAM SIP PRIHATIN 2.0 BOLEH DIBUAT MELALUI APLIKASI PLAYSTORE

 

Sementara itu, permohonan bagi program SIP Prihatin 2.0 boleh dibuat melalui aplikasi telefon mudah alih Prihatin Perkeso yang boleh dimuat turun di Google Play Store ataupun Apple App Store mulai jam 12 tengah hari, 15 JULAI 2021.

 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh layari laman web rasmi di www.perkeso.gov.my dan boleh hubungi nombor careline Perkeso di 1-300-22-8000.


Sumber: Bernama


LIHAT JUGA: BANTUAN KEHILANGAN PEKERJAAN RM500