Semakan & Permohonan Bantuan RM600 Untuk Semua Pekerja Di Malaysia Selama 4 Bulan 2021




Untuk pengetahuan anda, sejak Program Subsidi Upah ataupun PSU diperkenalkan pihak kerajaan telahpun membelanjakan lebih 15 bilion ringgit bagi tujuan membantu para majikan membayar gaji kepada sekitar 2.7 juta pekerja. Disebabkan terdapat banyak respon positif berhubung dengan program ini, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 billion ringgit yang dijangka akan memberikan manfaat kepada lebih 2.5 juta pekerja. 


Melalui inisiatif PSU 4.0 ini, pihak kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan bagi tujuan membantu golongan majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat daripada penularan wabak Covid-19 agar dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan para pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan. 


Berikut kami kongsikan kepada anda maklumat lanjut berkenaan Program Subsidi Upah 4.0 dan bantuan ini. 


PROGRAM SUBSIDI UPAH 4.0


Melalui inisiatif dan bantuan PSU 4.0 ini, pihak kerajaan akan menampung: 

  • 500 pekerja setiap majikan
  • Kadar bayaran RM600 setiap pekerja
  • Bayaran adalah bagi tempoh 4 bulan yang mana dua bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua PPN dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti. 

Jika sebelum ini pelaksanaan PSU disyaratkan dengan had gaji di bawah RM4,000 sahaja, namun melalui PSU 4.0: 
  • Tiada had gaji ditetapkan
  • Pihak majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerja yang bergaji lebih RM4,000

CARA MEMOHON 

Untuk makluman anda, permohonan mestilah dilakukan oleh pihak majikan. Majikan yang ingin melakukan permohonan PSU 4.0 bagi mendapatkan bayaran untuk pekerja boleh ikut seperti langkah berikut: 
  • Permohonan boleh dikemukakan secara online - klik DI SINI
  • Pihak majikan akan menerima nombor rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di pautan https://prihatin.perkeso.gov.my/ dan boleh menyemak status permohonan menggunakan nombor rujukan yang diberikan. 
  • Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU boleh disemak di https://www.myfuturejobs.gov.my/ termasuk bilangan pekerja yang diluluskan. 

Untuk mendapatkan panduan lebih terperinci, anda boleh rujuk panduan Program Subsidi Upah 3.0 yang lepas. Maklumat lanjut berkaitan PSU 4.0 akan menyusul setelah mendapat makluman baharu. 



Catat Ulasan

0 Ulasan