19 Kekosongan Jawatan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Gaji RM1,549.00 - RM5,701.00


Anda graduan Diploma yang mengambil bidang Kejuruteraan? Masih tercari pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang anda? Usah risau, kerana ada berita gembira buat anda. Kini, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ada  membuka 19 kekosongan jawatan bagi Penolong Jurutera JA29  dengan dua bidang iaitu Jurutera Awam dan juga Jurutera Elektrik.

Oleh itu kepada graduan kejuruteraan yang  berwarganegara Malaysia dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda bolehlah meneliti maklumat di bawah untuk mengetahui syarat-syarat dan cara permohonan.

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • Penolong Jurutera Gred JA29 (Awam) 
  • Penolong Jurutera Gred JA29 (Elektrik)

GAJI 

RM1,549.00 - RM5,701.00

PENGKHUSUSAN YANG DIPERLUKAN

Berikut merupakan pengkhususan yang diperlukan untuk jawatan ini:- 

  • Kejuruteraan Awam 
  • Kejuruteraan  (Elektrik)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Calon hendaklah memiliki kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
  •  Memiliki diploma akademik dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Salah satu bidang yang diberi keutamaan adalah seperti berikut:-
    • i. Diploma Kejuruteraan Awam 
    • ii. Diploma Kejuruteraan Elektrik 
  • Telah menamatkan pengajian dan mempunyai skrol diploma serta transkrip (telah selesai Majlis Konvokesyen); 
  • Memiliki Nilai CGPA 3.00 ke atas; 
  • Pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 12 bulan boleh diberikan keutamaan; 
  • Mempunyai kemahiran dalam bidang menganalisa data / maklumat adalah satu kelebihan; 
  • Mahir menggunakan perisian Microsoft Office; 
  • Mempunyai Lesen Memandu Kelas B2 atau D.

CARA MEMOHON

  • Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di kis.kemas.gov.my mulai 11 Ogos 2021 (Rabu) 
  • Calon hanya dibenarkan mengisi satu (1) jawatan sahaja. 
  • Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan akan ditolak. 
  • Hanya permohonan yang dibuat secara atas talian sahaja yang akan diterima.
  • Selamat maju jaya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

24 OGOS 2021 (SELASA)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi  dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak

Tiada ulasan