66 Jawatan Kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia. Gaji RM2,317.00 – RM9,620.00

Anda graduan Ijazah Sarjana Muda yang mengambil bidang Sains Pemakanan? Masih tercari pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang anda? Jangan risau lagi, kerana ada berita gembira buat anda. Kini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuka lebih 60 kekosongan jawatan bagi Pegawai Sains Gred C41. 

Oleh itu kepada graduan Sains Pemakanan yang  berwarganergara Malaysia dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda bolehlah meneliti maklumat di bawah untuk mengetahui syarat-syarat dan cara permohonan.

JAWATAN YANG DITAWARKAN

 Pegawai Sains Gred C41 (Pemakanan)

GAJI 

 RM2,317.00 – RM9,620.00

Kenaikan tahunan: RM225.00 

KEKOSONGAN

16 kekosongan 
50 simpanan

PENGKHUSUSAN YANG DIPERLUKAN

Berikut merupakan pengkhususan yang diperlukan untuk jawatan ini:- 

  • Sains(Pemakanan dan Kesihatan Komuniti) 
  • Sains (Sains Makanan) 
  • Sains Kesihatan (Pemakanan) 
  • Sains Makanan dan Pemakanan 
  • Sains Pemakanan 
  • Nutrition

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur 18 tahun dan ke atas 
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia 
  • Kemas 
  • Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan 

CARA MEMOHON

  • Jika anda tidak mempunyai akaun SPA9 anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut. 
  • Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih. 
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. 
  • Selamat maju jaya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

31 OGOS 2021 (SELASA) 11.59 MALAM 

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi  dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak