Bantuan Bakul Prihatin Negara untuk Rakyat Malaysia. Ini Carta Aliran Permohonan


Terdahulunya, kerajaan Malaysia ada membuka satu bantuan khas iaitu bantuan Bakul Prihatin Negara rakyat Malaysia di bawah inisiatif penuh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Malaysia. Bantuan ini diwujudkan bagi membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik
COVID-19 disamping memastikan masyarakat dapat meneruskan
kelangsungan hidup. 

Oleh itu kepada warganegara Malaysia yang ingin memohon bakul prihatin negara, anda bolehlah meneliti maklumat serta cara permohonan di bawah:- 


PROGRAM

Bakul Prihatin Negara 

BARANGAN YANG AKAN DIPEROLEHI

Setiap Bakul Prihatin Negara mempunyai lapan (8) barangan
seperti berikut: 
  • Beras (5 Kg) 
  • Gula (1 Kg) 
  • Tepung (2 Kg) 
  • Bihun (400 Gm) 
  • Kicap (650 Ml) 
  • Sardin (230 Gm)
  • Biskut 
  • Kopi

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk
memohon Bakul Prihatin Negara sekiranya terjejas pendapatan
sepanjang pendemik COVID-19. 

MEKANISME PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA

Permohonan boleh dilakukan menerusi empat (4) kaedah seperti
berikut: 

  • Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri
  • Menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau Whatsapp ke
    019-26 15999
  • Menghubungi Media Sosial Rasmi
    (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM atau JKM)
  • Menghubungi Pemimpin Tempatan/Setempat

KAEDAH PENYAMPAIAN BAKUL PRIHATIN NEGARA

  • Setelah mendapat butiran lanjut daripada pemohon, Pejabat
    Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan
    menyerahkan Bakul Prihatin Negara kepada Skuad Prihatin
    Negara untuk diagihkan kepada pemohon. 
  • Pemohon akan menerima Bakul Prihatin Negara dalam tempoh 24
    jam selepas permohonan. 
  • Penghantaran
    bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak
    dan bentuk muka bumi.

  • Sila muat turun dan isi borang berikut dengan lengkap bagi permohonan Bakul Prihatin Negara:- 

CARTA ALIRAN PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA

Carta Aliran Permohonan Bakul Prihatin Negara

MAKLUMAT LANJUT

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan ini, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian:- 
Alamat: 

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.


No. Tel: 03 – 8000 8000
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda. Terus berusaha dan maju jaya. 
Sila sebarkan informasi ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda yang memerlukan.